Tuesday, January 11, 2011

Negeri PR tak bankrap pun

Pelan 100 Hari diyakini tidak bankrap negara

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/07/lge2.jpgGEORGETOWN , 12 Jan.: Negeri yang berada bawah kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak akan bankrap jika menjalankan Pelan 100 Hari seperti yang didakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, walaupun banyak program dijalankan Kerajaan Negeri, namun tiada satu pun yang boleh membankrapkan sebaliknya lebih kukuh seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara terhadap prestasi terbaik Pulau Pinang pada 2008 dan 2009.

“Apa yang dikatakan Najib itu tidak benar malah akan menyelamatkan negara dengan memulihkan ekonominya. Sungguhpun banyak program dijalankan oleh kerajaan PR, tiada satu negeri pun yang bankrap malah lebih kukuh dan Pulau Pinang dianggap mempunyai prestasi terbaik pada 2009.

“Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan seperti membasmi miskin tegar dengan pemberian wang RM500 sebulan setiap keluarga dan rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah pada 2009,” katanya kepada media, semalam.

Sehubungan itu, Guan Eng berkata, kenyataan itu adalah tuduhan tidak berasas dan tidak benar apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) mendakwa Pelan 100 Hari itu akan membuatkan negara bankrap.

“Ketirisan berikutan penyelewengan kewangan dan amalan rasuah melibatkan sekurang-kurangnya RM28 juta setiap tahun membuktikan semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan selama 51 tahun pada zaman pemerintahan BN tetapi dapat dibuat dalam tempoh tiga tahun oleh kerajaan PR.

“Saya minta rakyat nilai dengan melihat prestasi keempat-empat negeri bawah PR yang tiada satu pun bankrap termasuk Pulau Pinang,” katanya.
SH

No comments: