Friday, January 7, 2011

Umno akan guna taktik kotor di Tenang

Awas taktik kotor BN untuk kekal Dun Tenang

KUALA LUMPUR, 7 Jan. : Umno-BN akan menggunakan apa sahaja taktik bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun tersebut 30 Januari ini.

Demikian kata Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Johor, Dato’ Chua Jui Meng yang turut menggariskan dua cabaran besar yang menanti jentera pilihan raya Pakatan Rakyat pada PRK tersebut hujung bulan ini.


Beliau berkata, Umno-BN sanggup hatta membeli undi meskipun menyedari pengundi Felda di kawasan Labis dilihat sebagai penyokong kuat Barisan Nasional. “Semenjak Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, kita sedia maklum jentera BN akan melakukan apa-apa sahaja untuk menyelamatkan maruah mereka daripada terus kalah dalam pilihan raya kecil negeri,” katanya.


“Contohnya di Batu Sapi, Sibu, serta Hulu Selangor, begitu banyak wang ditaburkan untuk membeli undi dan merasuah rakyat semata-mata untuk menjamin kemenangan mereka,” ujar bekas Menteri Kesihatan itu.


Justeru Pakatan Rakyat perlu mengambil kira jumlah pengundi Felda seramai hampir 3,800 orang yang dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ BN dalam merangka strategi pilihan raya kecil ini, katanya.


Umno-BN yang dipimpin Najib baru sahaja mengumumkan pembayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 secara tunai untuk memenangi hati peneroka juga akan menjadi cabaran kepada jentera Pakatan Rakyat di Tenang, katanya.


Begitu pun taktik Umno-BN, Pakatan Rakyat yakin calon PAS akan memberi dan membawa kejutan seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum 2008 yang mana PAS menang di dua kerusi Dun (Sungai Abong dan Maharani) tanpa disangka.


“Tambahan pula, persediaan jentera pilihan raya yang kemas dan teratur sudah direncanakan semenjak awal lagi untuk menawan pengundi di Tenang,” ujarnya.


Kerusi Dun Tenang kosong berikutan penyandangnya, Dato’ Sulaiman Taha meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Penamaan calon bagi Dun Tenang akan berlangsung pada 22 Januari sementara hari pengundian jatuh pada 30 Janua
ri.

No comments: