KELANA JAYA 22 Feb.: Agihan calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak antara parti gabungan Pakatan Rakyat(PR) hampir selesai dengan hanya beberapa kerusi sahaja yang belum diputuskan.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang media pagi tadi di Ibupejabat parti itu di Kelana Jaya menambah persediaan untuk menghadapi pilihanraya Sarawak yang dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi juga hampir selesai.
"Saya rasa 90 peratus agihan kerusi telahpun diputuskan dan ada beberapa yang perlu dihalusi, tetapi kita ada jangka masa kita sendiri dan sebagainya, Lagipun, dari segi tema kempen dan lain-lain, kita dalam proses terakhir. Dalam kata lain, kita sekarang mendahului dari segi persediaan," jelas beliau.
Pengarah Pilihanraya PKR Sarawak Ismail Yusop yang turut hadir dalam sidang media tersebut mengesahkan kenyataan Rafizi dengan menyatakan secara umumnya agihan kerusi boleh dianggap selesai.
"Kerusi ini pada umumnya sudah hampir selesai kecuali terdapat satu dua lagi yang melibatkan pimpinan PR pusat untuk menentukan. Pada umumnya, selesailah, hampir selesai," jelas beliau.
Beliau menambah, mengambil kira keadaan semasa politik dan kesedaran rakyat di Sarawak, inilah masa terbaik memulakan kempen.
"Berdasarkan citarasa rakyat di bawah, dan analisa serta persiapan yang kita buat, setakat ini kesemua persediaan logistik awal telahpun kita selesaikan. Kita telah hantar bendera, Tshirt, membuka pusat operasi kita, khusus bagi kawasan-kawasan tumpuan, semua telahpun bermula," jelas beliau lagi.
3 comments:
Ubah sekarang! untuk Selamatkan Sarawak daripada Taib dan Bini barunya.Menuju Serawak baru dibawah Pakatan Rakyat sarawak.
HATI HATI MIRI MARI. DI SEMENANJUNG PUN PAKATAN TAK BERBUAT APA APA SELAIN BERJANJI.
JANGAN GHAIRAH MENDEGAR GURUH. BELUM PASTI HUJAN KAN TURUN.
ala luncai nak komen pun jangan nampak sangat bodohnya, berpantun la pulak luncai melayu la katakan. melayu tonggong
Post a Comment