Pekan Kerdau (Gambar kiri) tidak berubah, sama saja sejak pilihanraya kecil Sanggang sepuluh tahun lalu. Bangunan papan lama rumah-rumah kedai masih disitu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanggang sudah menjadi DUN Kerdau apabila persempadanan semula dibuat pada tahun 2003.
Jalan-jalan di pekan Kerdau masih dalam keadaan berlubang-lubang umpama zaman tahun-tahun 70-an, malah ada yang berani mengatakan, Kerdau masih kelihatan seperti sebuah pekan dalam tahun-tahun 40-an.
Desa Murni, dimana jentera PAS Terengganu berkampung semasa pilihanraya DUN Sanggang juga tidak banyak berubah. Pada pilihanraya DUN Kerdau kali ini, jentera PAS Terengganu kembali ke daerah mengundi (UPU) Desa Murni selain ditambah dengan UPU Lipat Kajang dan Kuala Tekal.
10 tahun pembangunan yang rancak didaerah Temerloh dan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur tidak mengubah wajah Sanggang ataupun kini Kerdau.
Jalan kampung di Lipat Kajang masih menyeramkan sekiranya dilalui pada waktu malam. Ia masih sempit dan kenderaan yang lalu lalang terpaksa berhati-hati ketika berselisih.
Menteri Besar negeri Pahang juga tidak berubah, masih Dato' Nan (Adnan Yaakob) yang mencatat sejarah sebagai pimpinan negara yang pertama menunjukkan isyarat lucah didepan ribuan khalayak semasa proses penamaan calon pada Mac, 2000.
Cuma respons yang pertamanya sejak dilantik menjadi Pengarah pilihanraya kecil (PRK) DUN Kerdau oleh Umno dan Barisan Nasional, kerajaan Pahang akan menunaikan semua janji-janji bekas wakil rakyatnya yang meninggal.
Namun, apakah janji-janji tersebut tidak dinyatakan oleh Dato' Nan.
(Gambar kanan - Markaz Besar PAS di Darul Hikmah)
Di Desa Murni 10 tahun lalu, pelakun Aziz Singah menunjukkan watak sebenarnya diluar layar perak dan skrin televisyen. Aziz sebenarnya penyokong tegar Umno, yang turut berdiri di pentas 'dacing' menyambung janji-janji manis Umno-BN, berceramah dan berkempen.
Kak Fidah (Rafidah Aziz) yang menjadi Ketua Wanita Umno ketika itu tidak segan silu, secara terang-terangan mengedarkan 'hamper' dan hadiah kepada para pengundi.
Kalau tak silap, katanya, ia bukan satu rasuah, walaupun diberi semasa waktu berkempen.
Polis pun tak tangkap Kak Fidah ketika itu, malah memberi laluan dengan menyedialkan khidmat 'escort' kepada para petugas Wanita Umno.
Yang berbeza sejak Sanggang adalah Dato' Seri Najib, yang kini menjadi Perdana Menteri.
Dilapurkan sewaktu PRK Sanggang, orang asli diberi minuman memabukkan dan berhibur dengan muzik, yang dibekalkan oleh Umno-BN.
Sebab itu semua orang asli mengundi calon Umno-BN.
Kali ini, belum lagi PRK Kerdau bermula, bukan orang asli yang berhibur, tetapi orang-orang Melayu di Lipat Kajang.
Di salah satu dari dua pos Umno-BN di situ, (Gambar kiri) telah siap dipasang dengan karoeke!
Tapi tidak mungkin semua orang Melayu akan mengundi Umno-BN.BO
Tuesday, February 22, 2011
Kerdau : Tidak ada yang berubah sejak BN menang PRK Sanggang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment