Saturday, February 12, 2011

Kelakar cara baru debat ala Ali Rustam

Ali Rustam cabar berdebat bukan berhadapan tapi bersebelah, itu debat orang pengecut

Saya sedia berdebat: Ali Rustam


http://media1.malaysiakini.com/252/c4d8c34f5bd283f6702063b360034142.jpg
MERLIMAU - Kesal dengan tindakan pembangkang sering menimbulkan isu negatif mengenai Melaka, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam melontarkan cabaran untuk berdebat.

Menurutnya, beliau sedia berdebat dengan pembangkang mengenai isu dibangkitkan berkaitan negeri ditadbirnya.

Menurutnya, sebagai Ketua Penerangan UMNO Negeri, beliau sanggup mengadakan ceramah bersebelahan kawasan kempen pembangkang.

“Saya sanggup, saya berani menjawab semua isu dibangkitkan pembangkang mengenai negeri ini termasuk isu Melaka Maju, Sekolah Harapan dan isu lain yang mengutuk tindakan Kerajaan Negeri dalam membangunkan Melaka.

“Lebih baik jika program itu dilakukan dalam satu kawasan, bukan di pentas sama. Cuma saya di sebelah kiri, manakala dia (pembangkang) di sebelah kanan dan setiap kali dia bertanya, saya akan menjawab masa itu juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Gotong Royong Perdana anjuran Invest Melaka dan SWM Environment Sdn Bhd di kawasan perindustrian Merlimau, dekat sini, :semalam.

Mohd Ali berkata, beliau tidak kisah untuk berdepan dengan mana-mana ketua pembangkang sama ada PKR, Pas atau DAP.

“Tidak kisah siapa akan berada di pentas sebelah kanan, sama ada Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Guang Eng atau Lim Kit Siang. Semua saya sanggup berdepan untuk menjawab sebarang isu dibangkitkan mereka mengenai Melaka,” katanya.SH

1 comment:

cicit ngah layor said...

"Saya sanggup BERDEPAN menjawab sebarang soalan yg dibangkitkan mereka mengenai Melaka". Kalau dah kater berdepan tu maknernyer bersemuker ler KM ooii.Tapi kalau berceramah ditepi ceramah org lain...itu maknernyer pengacau/pendengki.Kpd maner2 individu yg berhajat utk berdebat dgn hamber Allah ni,silerkan buat jemputan.Dier dah sanggup 'berdepan'...Aper lagi yg ditunggu?