KUALA NERUS – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) Terengganui telah bertindak zalim, merompak tanah-tanah rakyat tanpa bayaran setimpal di kawasan Paya Bunga, Ladang dan Gelugor dalam daerah Kuala Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas, Encik Salleh Embong menggelarkan pula projek jalan dari Jeram ke Banggol Tuan Muda sebagai ‘jalan air mata’.
Menurutnya, penduduk kampong Banggol Donas yang terlibat dengan pembinaan jalan tersebut mengalir air mata kerana tanah mereka akan ‘dirompak’.
“Di akhir-akhir ini kiita banyak mendengar cerita bagaimana kerajaan (Umno-BN Terengganu) merompak tanah dengan bayaran yang tidak setimpal,
“saya namakan jalan (Jeram ke Banggol Tuan Muda) sebagai jalan air mata, apa yang berlaku kepada orang kampung Banggol Donas,
“mereka mengalir air mata kerana mengenangkan rumah-rumah mereka yang mereka duduk diatas tanah warisan,”ujarnya ketika berucap di Kamgpung Petai Bubus disini semalam.
Menurutnya kerajaan mahu mengambil tanah penduduk kampung tersebut tanpa berbincang terlebih dahulu sedangkan tanah terbabit bukan tanah kerajaan, bukan tanah TOL bukan pula tanah haram.
Menurut sebanyak 22 buah rumah yang terlibat dengan dengan pembinaan jalan tersebut tidak langsung dipanggil untuk berbincang oleh kerajaan.
Walaupun Encik Salleh telah membuat bantahan sehingga ke pihak Perdana Menteri, namun tidak ada apa-apa tindakan yang diambil.
Pada bulan Oktober tahun lalu, Encik Salleh telah mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan (SUHAKAM) setelah tiada mendapat apa-apa jawapan dari bantahan yang telah dikemukakannya.BO
No comments:
Post a Comment