Thursday, February 3, 2011
Kalau semua nak kena bayar lebih baik duduk sahaja di Mesir
"TERKINI : Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan Malaysia di Mesir.
1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.
3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.
4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir
p/s : Ramai Pelajar Malaysia di Mesir sekarang bertanggapan, jika hendak bawa rakyat Malaysia ke Jeddah secara percuma tetapi dikenakan kos perjalanan dari Jeddah ke Malaysia ..lebih baik duduk sahaja di Mesir yg lebih selamat dirumah masing-masing .
Kebetulan pula Pihak Al Azhar sendiri sudah menjelaskan pengajian akan dibuka semula pada 12 Februari ini seperti biasa selepas cuti sem-pertama berakhir.
Sekali-gus menolak dakwaan Pengajian Tinggi Malaysia dengan mendakwa Pengajian Al Azhar diberi cuti setahun.
Mungkin ada yang bertanya, Kalau begitu, kenapa nak balik kalau kat sana rasa sudah aman..?
Hakikat sebenarnya untuk menjawab soalan sinis ini ,kami disini seolah-olah diberikan ancaman dari pihak Kerajaan Malaysia, jika tidak mahu mengikuti pelan Evakuasi kedutaan , pihak kedutaan tidak akan betanggungjawab apa sahaja keadaan yang berlaku pada yg berkeras untuk terus tinggal di Mesir,
Tetapi jika mengikuti arahan pelan Evakuasi Kedutaan pula , pelajar akan dikenakan bayaran tambang setibanya di Jeddah samada untuk pulang kembali keMesir ataupun ke Malaysia dengan jumlah kos yg tidak dinyatakan.
Makluman ini dinyatakan selepas rombongan pertama sudah berlepas di Airport.
Perlu di ingat, lebih dari 75% pelajar disini bukanlah dari golongan berada, duit dikocek pun cukup-cukup makan dan sewa sebulan
Harap perkara ini di panjangkan oleh yang berkenaan diMalaysia. "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
PAS TUKANG BAGI API. TAK ADA BANTUAN PUN SEBAB PAS TENGAH TUMPUKAN USAHA MENAWAN ANAK MUDA DENGAN ' LAGHA DAN LALAI'.
JOHAN MANCING JER..10 RIBU. BUKAN RUPIAH, RINGGIT MALAYSIA TAU.
GILER PUNYA PAS. DULU HARAMMMM SEKARANG HALAL. SEBAB ? NAK TUTUP KELEMAHAN SELAMA INI. TAK BUAT APA APA UNTUK ORANG MELAYU.
luncai luncai...
bakpe bongok sangat mu nih...
aset kerajaan sape yg ade kuasa utk kawal?
siapa ade autoriti?
pas ke kerajaan pusat?
KERAJAAN DI KAWAL OLEH ROSMAH ,ROSMAH KATA JANGAN BANTU PASAL NANTI DIORANG KOMPLEN SAYE TAK PAKAI TUDUNG PULA.
ANON,
ITULAH YANG AKU MAKSUDKAN. KERAJAAN CARA KERAJAANLAH. SELAMA INI KORANG PERGI TU, MENGHASUT, KERAJAAN KE BAYAR?
YANG KORANG BAZIRKAN PULUHAN RIBU TU KERAJAAN KE BAYAR?
JANGAN MASA SESAK HARAP KERAJAAN. MASA LAPANG BALUN KERAJAAN. ITU DERHAKA NAMANYA.
KALAU TAU KERAJAAN TERPAKSA BERBELANJA UNTUK MEREKA SEKURANG KURANGNYA JANGAN TAMBAH BELANJA KERAJAAN DENGAN BUAT PULAK DEMO DI KL. BANYAK KERAJAAN HABIS MASA DAN DUIT.
Hang peduli apa Luncai, kalau hang nak buat demo pun buatlah. Masalahnya hang berdemo dalam blog orang.
Hang la suka menghabiskan masa orang dok baca komen bodoh hang yang tak dak fakta. Bodoh sungguh pencacai Umno sekor ni
Post a Comment