SEBERANG JAYA, 21 Feb: Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab serta prihatin terhadap nasib para pelajar yang akan meneruskan pengajian di Mesir, maka kerajaan negeri Pulau Pinang telah menghulurkan bantuan kepada 318 pelajar negeri ini sebanyak RM2000 setiap orang. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr.Mansor Othman ketika ditemui selepas majlis ceramah 'ubah sekarang' di Seberang Jaya kelmarin. Menurut beliau lagi, sumbangan yang diberikan ini adalah bagi memudahkan para pelajar yang terlibat untuk kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka di sana. "Bagi memudahkan mereka, sebanyak RM1000 telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri, manakala RM1000 lagi dikeluarkan oleh Pusat Urus Zakat (PUZ). "Kita adalah sebuah kerajaan negeri yang sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat. Apabila mereka dibawa pulang, sudah pasti perlu kembali untuk meneruskan pengajian. Ramai dikalangan mereka adalah terdiri dari mereka yang memerlukan sokongan untuk meneruskan pengajian. "Oleh kerana itu, sebagai pemerintah, kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk membantu melalui dana yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan juga PUZ, " ujarnya lagi. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, turut menyeru rakyat supaya menilai kembali sikap yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat. Katanya lagi, sepatutnya para pelajar tidak dibebankan dengan kos yang terpaksa ditanggung oleh mereka sendiri untuk pulang ke Mesir. Mansor juga menyeru masyarakat supaya menilai kembali sikap yang dipamerkan oleh Kerajaan Pusat jika dibezakan dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri dalam memberi pembelaan kepada mereka. |
Sunday, February 20, 2011
Kerajaan P.Pinang bantu 318 pelajar pulang ke Mesir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment