Friday, February 11, 2011

Kesatuan Sekerja Egypt mogok tambah beban Mubarak

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/mesir1.jpgKesatuan sekerja Mesir telah melancarkan mogok nasional, menokok momentum kepada demonstrasi mendesak Hosni Mubarak supaya berundur di Kaherah dan bandar-bandar utama Mesir

Al-Jazeera melaporkan kira-kira 20,000 pekerja kilang meningggalkan pekerjaan mereka dan turun ke jalan raya pada hari Rabu.

(Pekerja Terusan Siez turut sama berdemonstrasi - Gambar AFP)

Ia merupakan kelebihan yang signifikan kepada para pendukung pro-demokrasi sekiranya kesatuan terlibat dalam demonstrasi

Aksi mogok kesatuan sekerja tersebut juga mendokong hasrat pelbagai masyarakat supaya Presiden Mesir Hosni Mubarak segera menyerahkan kuasa, yang bermula sejak 16 lalu.

Para penunjuk perasaan masih tidak berganjak dan menjadikan Dataran Tahrir lokasi utama perhimpunan disertai rakyat seluruh Mesir di bandar-bandar lain.

http://buletinonline.net/images/stories/berita40/datarantahrir.jpgMereka bertekad untuk tinggal tetap di Dataran tersebut kecuali Hosni Mubarak turun.

Manakala, sebahagian penunjuk perasaan terus berhimpun di luar bangunan parlimen, menutup diri mereka dengan selimut, dan tidak ada tanda-tanda menunjukkan mereka akan berundur, meletakkan papan tanda 'ditutup sehingga jatuhnya rejim'.

Kunjungan seorang penyanyi pop Arab Tamer Hosni telah menaikkan kemarahan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir ada pagi Rabu 9 Februari

(Gambar kiri - keadaan Dataran Tahrir, khemah-khemah didirikan, penunjuk perasaan tidak akan berganjak)

Penyanyi tersebut dikatakan dihantar untuk memujuk para penunjuk perasaan supaya bersurai dengan mengatakan Hosni Mubarak telah menawarkan beberapa konsesi.

Pihak tentera terpaksa terpaksa campur tangan apabila para penunjuk yang marah mara kearah penyanyi terbabit.

Selain kesatuan sekerja, penunjuk perasaan disokong elemen baru sekembalinya rakyat Mesir yang berada di luar negara (ekspatriat) bergabung dengan mereka.

Dilaporkan, ada kempen khusus melalui internet yang bertujuan menggerakkan ribuan ekspatriat untuk kembali dan menyokong pemberontakan rakyat itu.

Pennunjuk rasa yang "lebih berani dari hari ke hari dan lebih (kuat) pada setiap hari, Ini adalah gerakan yang berkembang, bukan menyusut."kata Ahmad Salah, seorang aktivis Mesir, .

No comments: