Wednesday, February 2, 2011

Rakyat resah, pengundi Umno tak kisah harga ikan naik




ALOR SETAR 2 Feb. : Kenaikan harga ikan di negeri ini sejak beberapa hari lepas berpunca daripada kekurangan bekalan kerana nelayan laut dalam tidak turun ke laut memandangkan kilang dan pasar borong utama tidak beroperasi menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah Mohd Noor Had berkatapada masa yang sama Thailand juga menghentikan penghantaran ikan bermula hari ini untuk tempoh tiga hari.

"Bagaimanapun kita yakin bekalan ikan mencukupi dan pengguna tidak perlu panik kerana nelayan-nelayan kecil tetap turun ke laut dan menjual hasil tangkapan mereka, tetapi jumlahnya agak terhad," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan dijangka pulih selepas sambutan Tahun Baru Cinaberakhir. "Buat masa ini harga ikan mencatat kenaikan antara 20 hingga 50 peratus bergantung kepada jenis ikan dan permintaan," katanya yang ditemui selepas majlis penyampaian wang ehsan mangsa banjir bagi kawasan parlimen Kuala Kedah.

Sementara itu seorang pemilik bot pukat tunda, Toh Sang Chai berkata 99 peratus bot pukat tunda di Kuala Kedah telah menghentikan operasi sejak Isnin lepas.

"Kita tidak turun ke laut sejak Isnin lepas kerana kilang-kilang baja dan pasar-pasar borong akan tutup untuk bercuti. Lori-lori hantar ikan juga sudah tidak beroperasi kerana semuanya sudah cuti.

"Tapi orang ramai jangan bimbang sebab ikan masih ada. Mereka juga bolehdapatkan ikan daripada nelayan kecil, tetapi mungkin jumlah ikan tidak banyak," katanya.

Toh yang juga Ketua parti Gerakan Bahagian Kuala Kedah berkata nelayan laut dalam akan turun semula ke laut pada Ahad ini dan harga ikan dijangka kembali stabil pada minggu depan.

No comments: