IPOH, 24 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak didakwa sedang menyiasat salah seorang Exco kerajaan negeri itu atas dakwaan rasuah. Sehubungan itu, Pemuda PAS Perak meminta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir mengesah dan menjelaskan dakwaan tersebut. Menurut Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, exco terbabit adalah orang lama dalam Umno. "Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) telah diberikan maklumat bahawa salah seorang Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak baru-baru ini," kata Mohd Munir dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. "Kami juga difahamkan bahawa Exco yang terbabit dalam siasatan SPRM tersebut merupakan ‘orang lama’ yang penting di dalam barisan kepimpinan Datuk Seri Zambry," katanya dalam kenyataan itu. Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS Perak mendesak Datuk Seri Zambry untuk mengesah dan menjelaskan isu tersebut bagi memberikan gambaran sebenar kepada rakyat. "Pemuda PAS Perak juga meminta, jika maklumat yang diberikan tersebut benar, Exco terbabit wajar direhatkan dari menjalankan tugas rasmi bagi melincinkan siasatan SPRM," katanya. Isytihar harta Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) juga mendesak Kerajaan Negeri Perak mengikut jejak langkah kerajaan negeri Selangor agar meminta semua Exco Kerajaan Negeri mengisytiharkan harta mereka dan dipamerkan di dalam laman web kerajaan negeri. |
Thursday, February 24, 2011
Seorang Exco Perak disiasat SPRM
SPRM siasat Exco Perak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment