Zairil Khir Dilantik Setiausaha Politik Guan Eng
KUALA LUMPUR 23 Feb. : Zairil Khir Johari dilantik sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkuatkuasa serta merta yang diumumkan pada hari ini.
"Perlantikan ini akan berkuatkuasa dengan serta merta," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu.
Tambahnya, tugas Zairil adalah untuk membantunya dalam urusan politik sama ada dalam parti mahupun pada peringkat kebangsaan yang berpusat di Sekretariat DAP di Kuala Lumpur.
Katanya, Zairil mempunyai latar belakang dalam pelbagai bidang iaitu berkelulusan Sarjana dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi daripada School of Oriental and African Studies, University of London dan juga Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Sistem Maklumat.
Guan Eng berkata, Zairil merupakan usahawan dalam industri coklat tempatan, di mana beliau telah memperkenalkan teknologi percetakan penuh warna di atas coklat yang pertama di Malaysia.
"Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti dalam perjuangan kita untuk menongkah arus demi mencapai matlamat kenegaraan yang adil dan saksama untuk setiap warga Malaysia," ujarnya.
Zairil adalah anak bekas Menteri Pelajaran, Allahyarham Tan Sri Khir Johari.
4 comments:
UMNO TAK PERNAH BERGANTUNG PADA INDIVIDU. TAK ADA MASALAH DIA NAK JADI APA PUN.
INSYAALLAH BERJUTA LAGI UMAT MELAYU ISLAM BERSAMA UMNO. LAINLAH PAS,
ASYIK DEWAKAN NIK AZIZ. MEGHAPU PUN DIKATAKAN BENAR.
Bodoh sungguh komen luncai kali ini. Tak da idea nak berbohong
LUNCAI MEMANG JENIS MELAYU TAK ADE IDEA DAN HUJAH YG BERNAS.KONON NYA BOLEH HIDUP DGN KELOMPOK MELAYU AJE.. PIEEE DAH... KALAU BETUL LUNCAI ANTI CINA TENTUKAN SETIAP SEN YG ENGKAU BELANJA DIBERI DN DAPAT KE PADA MELAYU TAU... BARULAH EKONOMI ORG MELAYU HEBAT MULAKAN SKRG AJAK GENG PERKASA DN UMNOAPCO SEKALI... ITU BARU BETUL PERKAUMAN...
UMNO tak pernah bergantung pada individu? betul..betul..betul.. pasai hampa mentekedarah harta negara, bila kempen semua guna khazanah negara punya, UMNO apa pun takdak, cuma ada teluk saja, pasai tu luncai terjun dgn labunya, takut UMNO mintak.
Post a Comment