Didepan 'port' gurkah-gurkah politik... kami tengok sendiri 'banner-banner' Najib dan 1Malaysia dia, diturunkan oleh penguatkuasa MPPP.
Tukang yang turunkan poster-poster tu pula kami kenal, apa lagi ..."woit!...pasai apa tuu??!"... "Tak bayaq permit!"... sahabat ini menjerit dari jauh. Kah..Kah..Kah..
Kami tunggu juga kot-kot ada blogger-blogger umno macam Novandri, pisau.net dan lain-lain yang nak spin dan putarbelitkan cerita-cerita 'banner-banner' Najib dan 1Malaysia ini diturunkan disekitar KOMTAR kerana tidak bayar permit pada pihak majlis perbandaran, tapi masih belum ada lagi. Mungkin lagi dua tiga hari lagi kot.
Gurkah-gurkah pun dok tunggu juga kalau-kalau Ghani Jiman yang hobi dia suka buat demo, nak turun buat demo sebab Lim Guan Eng dah turunkan poster-poster Najib ini, tapi tak nampak pula dia. Sibuk meeting laa tuu, kot-kot dok meeting merancang nak buat demo lagi kat mana-mana...
Operasi menurunkan 'banner' haram ini ialah 'banner' Najib 1Malaysia untuk mempromosikan satu acara kutipan derma yang akan dihadiri Najib pada 2 haribulan ini dan juga 'banner-banner' karnival kebudayaan yang juga mengundang beliau sebagai tetamu undangan.
Banner Najib dan 1Malaysia ini adalah antara berpuluh banner-banner haram yang telah diturunkan oleh penguatkuasa MPPP kerana didapati tidak bayar wang permit RM22.
dollah yankee - Kah..Kah..Kah.. nama pun majlis kutipan derma... tentulah tak ada duit, nasib baik banner ni pun umno yang sponsor.
No comments:
Post a Comment