Monday, March 14, 2011

Bermimpi warna hijau dan putih : Sekumpulan paderi bertemu Muryidul Am PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEholrfWloK33sqNpZVX_Fug_AljwldZzjK025zJAwszTck2NA3PPTmC6fUd5NL9Qi6aqcOeRaJ7fMtQ-outpvveEl-X08gFRJ21GP8jPf59EWPZMFjKbCsthZNbdaD4ko8rRFj79dTl4EA/s1600/2275599697_40299d1315.jpgDalam satu perjumpaan ketua-ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Selangor baru-baru ini seorang paderi dari sebuah gereja di Klang menceritakan pengalamannya bagaimana dia seorang paderi boleh terlibat menyokong dan menyertai DHPP.

Katanya dia telah melihat banyak berlaku kejahatan di sana-sini dan ini amat merisaukannya. Bagaimana kita dapat menyelamatkan diri kita dalam negara yang penuh pancaroba ini.

Penipuan berleluasa, rasuah perkara biasa, keruntuhan masyarakat terutamanya golongan muda amat membimbangkan. Manusia lebih mementingkan kuasa dan harta dari segala-galanya.

Kerisauan yang mendalam itu menyebabkan dia sering bermohon kepada Tuhan agar menyelamatkannya daripada segala dugaan dan memberikannya petunjuk. Pada satu hari dia bermimpi melihat dua warna. Satu hijau dan satu lagi putih.

Mimpi itu sentiasa bermain di kepalanya dan puas dia memikirkan apa maksud mimpi tersebut. Pada suatu hari ketika dia menaiki kereta yang dipandu oleh anaknya, dia menceritakan tentang mimpi itu kepada anaknya. Dengan spontan anaknya menjawab "itu lambang Parti PAS !".

Paderi itu terus terdiam dan tidak bertanya lagi. Selama ini dia sentiasa mengelakkan dirinya daripada politik. Dia tidak mahu ambil tahu hal politik. Biarlah dia dengan usahanya sebagai paderi mangajak manusia berbuat baik dan tidak perlu masuk campur hal politik.

Pada satu perjumpaan dengan paderi-paderi di gerejanya, dia berkongsi tentang mimpi yang menghantuinya dengan mereka. Alangkah terkejutnya dia apabila mereka semua mengalami mimpi yang serupa.

Apabila diselidiki makna mimpi 2 warna itu, tiada perkara lain yang mereka jumpa melainkan semuanya memberi erti lambang Parti Pas.

Akhirnya mereka semua bertekad untuk pergi berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz. Mereka akan bertolak ke Kelantan dengan bas beramai-ramai. Untuk meringkaskan cerita maka bertemulah mereka semua dengan Nik Aziz dan berceritalah Ketua Paderi pada Nik Aziz tentang mimpi mereka semua.

Maka Nik Aziz menyambutnya dengan mesra dan gembira sekali seraya berkata memang itulah matlamatnya dan juga matlamat parti PAS.

Kita mestilah berjuang bagi menegakkan keadilan. Kita mestilah berusaha memastikan rasuah ditolak dan dibenci, kejujuran wajib dijadikan sebagai identiti masyarakat dan juga pemimpin.

Kita perlu berusaha meruntuhkan kerosakan moral yang menular keseluruh pelusuk masyarakat negara kita. Kita mesti mengingatkan manusia bahawa harta kekayaan bukanlah matlamat hidup kita sehingga kita sanggup menggadaikan maruah.

Kita perlu menginsafkan para pemimpin kita bahawa kuasa adalah amanah untuk kita gunakan bagi menegakkan keadilan kepada masyarakat. Memang itulah matlamat PAS selama ini.

Maka pulanglah kesemua paderi tersebut ke Klang dan seterusnya keseluruhan ahli gereja mereka turut sama menuruti jejak pemimpin gereja mereka dan tertubuhlah satu lagi cawangan Dewan Himpunan Penyokong Pas di Klang.

Cerita di atas di sampaikan oleh seorang Ustaz yang turut sama hadir dalam perjumpaan. Paderi itu menceritakan sendiri kepada ustaz tersebut sebelum berkongsi dengan seluruh peserta yang hadir. Wallahu'alam. Warta Subhi

14 comments:

Hamdan Rukun said...

YA ALLAH ! TAKUTNYA AKU. KALAU BENDA NI JADI BAHAN BERITA, MAKNANYA PADA HANGPA, INI BENDA BESAQ. SEDANGKAN HAKIKATNYA DIA MASIH TIDAK DAPAT DITOLONG KERANA PERTOLONGAN KEPADA MANUSIA IALAH ISLAM.

KEMUNGKINAN MIMPI TADI JIKA BENAQ MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA GANGGUAN SYAITAN DAN IBLIS.

DAN HAKIKATNYA DAKWAH HANGPA MASIH LAGI GAGAL.

Anonymous said...

syaitan umno

UMNO x byr yuran.. said...

Luncai senget..
Kali ni kau dh cross the border..
Sgt malampau mempersenda org smpai begitu sekali..
Jgn menghina org lain sehingga mentakwil sendiri2..
Jika itu petunjuk awal yg Allah beri kpd mereka siapa kau nk berkata ikut suka kau..
Ingat akan hadith Rasulullah yg mengatakan Yahudi akan terpecah kpd 73 golongan,Nasara terpecah kpd 72 golongan dan Islam sama mcm Yahudi akan terpecah juga kpd 73 golongan..
Yg berpecah itu adalah Ektikad dan Ijtihad mereka,itu pun klu kau nk Faham..
Berapa byk paderi yg memeluk Islam,di U.S,U.K dan merata dunia..
Jgn hina org lain krn Hidayah Allah tiba x kira siapa jika suatu hari Allah takdirkan mereka itu ada yg memeluk Islam..
Kita yg Islam baka ni dok leka lg dgn dunia,tp perasan dh selamat dijalan agama..
Bc Al-Quran pun Malas,erti ucapan dlm solat pun masih lg x faham,tu psl org Melayu byk yg hanyut wlwpun masjid byk dan besar..
Jgn nk ckp psl Hakikat klu makna hakikat tu pun kau x boleh nk hurai..
Ayat kau sume x ble blah,penuh kebencian dan amat dangkal serta prejudis..
Klu kau faham Islam itu berserah diri kpd Allah,kau xkan berani sombong pd org lain krn sifat tu x layak pd makhluk,tp manusia yg x faham mcm kau begitu ketara kesombongannya..
Sama ada kau x sedar atau ianya sudah bersebati dgn kau hingga kau rasa terbiasa,ingt2 lah,jgn berlagak kau tahu makna Hakikat sehingga begitu mudah kau membuat konklusi tahap kau yg entah berpijak dibumi atau tidak tu..
Ilmu dan ilham Allah itu sgt luas,diberikan kpd semua hambanya,x kira Islam atau tidak,jika kau nk tahu hakikat,kau akan dapati diri kau bukan ada apa pun,hanya hamba yg hina dan lemah..Satu benda pun x akan mampu kau buat tanpa izin dari Allah..
Sedar2lah bahawa dlm kesombongan dan kedangkalan kau,Allah masih beri kau bernafas,berjalan,melihat,mendengar,guna tangan dan kaki nk ke mana2 atau nk kata apa sj..
Tp Allah akan soal balik atas tujuan apa segala nikmat yg Allah beri itu kau gunakan,samada meyebarkan kebaikan kpd seluruh manusia atau sebaliknya..
Ingt2lah!!!

Anonymous said...

UMNO X BAYAR YURAN SAID,

MAAFLAH. TAK PAYAH HURAI PANJANG PANJANG. ARTIKEL INI SAMA ' SIFATNYA'
DENGAN SLOGAN SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT. SLOGAN HANGPA.

MANAKALA SESEORANG ITU HANYA SELAMAT APABILA DIA ISLAM, MENGUCAP KALIMAH TAUHID DAN MENGAMALKAN ISLAM SEBAGAI AD DIN.

HANG BACA KESELURUHAN ARTIKEL DALAM HARAKAHDAILY NI, BUKAN KAH KEBENCIAN DAN DENDAM MENJADI ASASNYA?

HANG ' PERANGKAP' ISLAM DALAM KEPOMPONG PAS. TIDAKKAN NANTI AKAN TIMBUL KEPERCAYAAN, BAHAWA ' OLEH KERANA KITA MENYOKONG PAS' BAHAWA SEGALANYA TELAH SELESAI ?

DUDUK DAN FIKIR, PAS SELAMA LAMANYA ADALAH SEBUAH PARTI.

Anonymous said...

hang la yang tak faham, PAS adalah gerakan Islam bukan sekadar parti politik macam umno

UMNO x byr yuran.. said...

Anon Yg nk lawan ckp dgn aku tuh..
Kesian Hang..
Aku x bc pun Harakah Daily atau kolum yg hang kata tuh..
Apa yg aku kata adalah dari pengamatan aku sebagai Hamba Allah yg lemah dan dgn kesedaran tu aku pg ke surau utk mendengar kuliah,mambaca Al-Quran dan menghadiri kelas Tafsir..
Maaf la klu hang kata sifat tulisan aku tuh ada persamaan dgn tulisan dlm Harakah..
Nampak jiwa Islam baka hang begitu tebal sekali sehinggakan menuduh sesuatu yg hang tidak tahu..
Itulah sbbnya aku sarankan hang pg mengaji agama..Jgn leka dgn dunia,dunia dh dkt nk kiamat dh..
Aku Daftar ahli PAS pun x penah,jgn la ko serkap jarang dgn org2 yg faham Islam tu dgn PAS sahaja..Aku x der daftar mana2 parti pun Bhaii,silap la Hang kata aku duk dlm kepompong PAS..
Tp jika mereka nk jdkan Al-Quran sebagai perlembagaan negara,bodoh la klu x sokong...
Umno x der cita2 pun bawa Islam sehingga ke tahap menjadikan negara ni Akidah State pun..Hang Redha ka org Islam kutip cukai Judi,arak,hiburan lalu disatukan dgn duit2 yg halal dan byr gaji Hang utk kasi mkan anak bini?
Pernah hang tanya diri Hang apa makna ucapan yg sebut dlm solat Hang?
Klu x faham,buat la sesuatu supaya hang faham apa yg Hang kata pd Allah 5 kali sehari..Jgn buat sesuatu yg berlawan dgn apa yg Hang dh sebut pd Allah..Nanti Allah nk Hang kemukakan bukti setiap dari pengucapan hang pd Allah di luar solat Hang pulak..
Lg satu,
Org Islam memang patut benci pd kezaliman,penindasan dan penipuan..Jika kebencian kpd perkara2 mcm tuh pun x der,mcm mana nk dpt Syafaat Rasulullah?
Nk cegah kemungkaran kena benci pd perkara2 Syubahah dan Zalim..
Itu psl aku ingtkan sesiapa disini tentang makna Hakikat..
Klu hang Tahu hakikat Insan,hang x der masa nk sembang ketegaq dgn org dh..
Klu x kenal diri,mcm mana nk nilai org lain?
Jd, jgn merendah-rendahkan ambisi org lain dan menuduh org nk Faham Islam kena bc Harakah jer..
Bc Kitab2 Muktabar karangan ulama2 Mursyid..Bab Alfatihah pun Kitab buleh hurai dgn detail dan jgn igt Al-Fatihah hanya sabagai bacaan shj..
Kaji apa yg ada dlm Surah Al-Fatihah tu..
Dlmnya ada pengakuan kita pd pd sifat dan kekuasaan Allah,pembuktian kpd sifat Ketuhanannya..Dlm nya juga ada permohonan hamba minta Allah tunjukkan kita jln yg benar daan minta Allah jauhkan dari jln Yahudi dan Nasara..
Jgn tau sebut jer tp x hayati apa sifat Al-Fatihah tu..
Sbb tu aku kt jgn Sombong..

Anonymous said...

YA ALLAH ! TAKUTNYA AKU. KALAU BENDA NI JADI BAHAN BERITA, MAKNANYA PADA HANGPA, INI BENDA BESAQ. SEDANGKAN HAKIKATNYA DIA MASIH TIDAK DAPAT DITOLONG KERANA PERTOLONGAN KEPADA MANUSIA IALAH ISLAM.

KEMUNGKINAN MIMPI TADI JIKA BENAQ MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA GANGGUAN SYAITAN DAN IBLIS.

DAN HAKIKATNYA DAKWAH HANGPA MASIH LAGI GAGAL.

Anonymous said...

PAS PARTI SETAN YA ALLAH ! TAKUTNYA AKU. KALAU BENDA NI JADI BAHAN BERITA, MAKNANYA PADA HANGPA, INI BENDA BESAQ. SEDANGKAN HAKIKATNYA DIA MASIH TIDAK DAPAT DITOLONG KERANA PERTOLONGAN KEPADA MANUSIA IALAH ISLAM.

KEMUNGKINAN MIMPI TADI JIKA BENAQ MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA GANGGUAN SYAITAN DAN IBLIS.

DAN HAKIKATNYA DAKWAH HANGPA MASIH LAGI GAGAL.

Anonymous said...

YA ALLAH ! TAKUTNYA AKU. KALAU BENDA NI JADI BAHAN BERITA, MAKNANYA PADA HANGPA, INI BENDA BESAQ. SEDANGKAN HAKIKATNYA DIA MASIH TIDAK DAPAT DITOLONG KERANA PERTOLONGAN KEPADA MANUSIA IALAH ISLAM.

KEMUNGKINAN MIMPI TADI JIKA BENAQ MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA GANGGUAN SYAITAN DAN IBLIS.

DAN HAKIKATNYA DAKWAH HANGPA MASIH LAGI GAGAL.

Anonymous said...

YA ALLAH ! TAKUTNYA AKU. KALAU BENDA NI JADI BAHAN BERITA, MAKNANYA PADA HANGPA, INI BENDA BESAQ. SEDANGKAN HAKIKATNYA DIA MASIH TIDAK DAPAT DITOLONG KERANA PERTOLONGAN KEPADA MANUSIA IALAH ISLAM.

KEMUNGKINAN MIMPI TADI JIKA BENAQ MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA GANGGUAN SYAITAN DAN IBLIS.

DAN HAKIKATNYA DAKWAH HANGPA MASIH LAGI GAGAL.

Anonymous said...

YA ALLAH ! TAKUTNYA AKU. KALAU BENDA NI JADI BAHAN BERITA, MAKNANYA PADA HANGPA, INI BENDA BESAQ. SEDANGKAN HAKIKATNYA DIA MASIH TIDAK DAPAT DITOLONG KERANA PERTOLONGAN KEPADA MANUSIA IALAH ISLAM.

KEMUNGKINAN MIMPI TADI JIKA BENAQ MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA GANGGUAN SYAITAN DAN IBLIS.

DAN HAKIKATNYA DAKWAH HANGPA MASIH LAGI GAGAL.

juli2.. said...

HAHAHA..
Setan copy paste pun ada kt sini..Sudah la tu pecacai UMNO oii..
X usah nk kata org parti setan la.. Majlis mase pilihanraya kt Kerdau dan Merlimau tu mana ada malaikat turun?..Majlis Ada tari gelek daud kilau ngan tarian seksi tu lg setan byk merayau..
Korang yg selalu jemput setan lepak sama2 korang,ada ati nk ckp PAS parti setan..
whakakakaka!!!

atas pagar said...

Insan2 terpilih" yang tahu " hakikat" dan kenal diri takkan berkata demikian,yang kenal hakikat wataknya'sprti ' Hassan al-Basri" Ibrahim Adham",rasanya insan terpilih itu akan menangis sebak dgn kisah ini kerana ia adalah mengenai kekuasaan Ilahi,Kalu luncai bole paham sebnrnya luncai dan kita semua ini fakir,n kosong..astgfirrullh...kalu luncai bole paham,Zat NYA,AsmaNYA N afaalNYA.SEMOGA LUNCAI N ORG SPERTINYA.di beri taufik dan hidayah,Semoga Allah memberi sekelumit yg terhijb ,Semoga insaf akan Allah ,bertaubat dan meninsafai akan kekuasaan yg MAHA KAYA n MAHA BERKUASA...n segala kebendaan ini hanyalah debu belaka! turuti lah sunnahb Rasullah...lidah utk g baik2 sj atau Diam...astarfillah ,wallahualam...Salam.

Anonymous said...

puak umno tak boleh terima hakikat orang bukan Islam mendekati PAS.

Sebabnya kalau orang bukan Islam dekati PAS banyak mereka belajar tentang Islam dan banyak penyelewengan Umno mengenai Islam akan diketahui.