Monday, March 14, 2011

Pakatan Rakyat bersedia ambil alih kerajaan

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/YBAzanIsmail.jpgKUALA TERENGGANU – Pimpinan Pakatan Rakyat tidak mahu rakyat negara ini berfikir seperti rakyat di Mesir yang mahu menggulingkan kerajaan memerintah melalui demonstrasi jalanan.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Azan Ismail berkata, Pakatan Rakyat mengimpikan sebuah kerajaan melalui mandat rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.


Beliau menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sedia mengambil alih pentadbiran negara sekiranya kerajaan sedia ada tidak berminat untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

“Kita mahu beritahu pada kawan di Terengganu dan Malaysia bahawa PR tidak mahu jadi seperti di Mesir. Kita tidak mahu rakyat berfikir seperti itu.

“Sekiranya kerajaan yang ada tidak berminat untuk memikirkan kesusahan rakyat, PR sedia tawarkan diri,” katanya ketika menyampaikan ceramah anjuran PKR Kuala Nerus di kampung Duyong, di sini, semalam.

Ceramah tersebut diadakan setelah program asalnya Forum Dailog Rakyat tidak dapat diteruskan kerana wakil-wakil kerajaan yang dijemput tidak muncul.

Mereka yang dijmput adalah Adun Seberang Takir Razif Abdul Rahman dan AP Kuala Nerus Nasir Ibrahim Fikri, yang tidak memaklumkan tentang ketidakhadiran mereka.

Turut hadir timba-lannya, Rafizi Ramli yang juga Pengarah Strategi PKR Pusat dan Ahli Parlimen Kuala Selangor turut merangkap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad.


Dalam ceramah itu, Azan juga Ahli Parlimen Indera Mahkota turut melancarkan Buku Jingga peringkat Kuala Nerus.

Azan berkata, perubahan boleh berlaku dengan sokongan rakyat terhadap pakatan pembangkang, selain faktor lain yang berlaku dalam negara.

“Rakyat perlu demokratik dengan membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang dan itu adalah waktu yang sesuai untuk berfikir,” katanya.

Dalam masa sama katanya, isu mengenai pengambilan balik tanah yang turut menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat dijangka menarik lebih ramai rakyat untuk menyandar keyakinan kepada pembangkang.

No comments: