Friday, March 11, 2011

Buku Mahathir bukan fakta tapi cerita propaganda

'Doktor Dalam Rumah': Memoir Propaganda, Tidak Layak Dirujuk



Memoir 'Doktor Dalam Rumah' nukilan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dipenuhi dengan fakta- fakta yang tidak betul dan dihasilkan hanya untuk memulihkan kreadibilitinya yang terhakis teruk semasa pemecatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye berkata Dr Mahathir menulis apa yang mahu ditulis sahaja dan tidak menulis apa yang sepatutnya ditulis.

"Memoir Mahathir ini bukan sekadar memoir, ia adalah agenda politik untuk memulihkan integriti beliau yang telah hancur dalam gerakan reformasi tahun 1998," ujar Boon Chye.

"Ini bukan memoir yang kredibiliti, sebab ada fakta- fakta yang tidak betul. Ada perkara yang beliau sebut bukan fakta tetapi perkara yang disebut untuk kepentingan politik," katanya.

Beliau berkata, jika dilihat amalam tokoh politik di luar negara, mereka akan menubuhkan satu pasukan bagi menyelidik dan mengesahkan kesahihan dan kebenaran setiap apa yang ditulis.

Ia bagi memastikan hasil naskah memoir itu berkreadibiliti dan berintegriti.

"Kalau kita lihat memo yang ditulis oleh ahli politik diluar negara, bukan setakat seseorang itu menulis apa yang patut ditulis, tetapi ada satu pasukan yang ditubuhkan bagi menyelidik dan mengesahkan apa yang dicakap itu betul," katanya lagi.

Sebaik sahaja naskah memoir Doktor Dalam Rumah dilancarkan, pelbagai kritikan dibuat terhadap kesahihan setiap fakta yang diutarakan Mahathir.

Malangnya banyak yang ditulis adalah tidak betul faktanya. contohnya kes dsai dan hubungannya dengan bekas Perdana Menteri singgapura, Lee Kwan Yuew. Begitu juga dengan akta ISA.

Terdahulu, dakwaan Mahathir berhubung Anwar pernah dibekalkan dengan dengan 4 wanita untuk hubungan seks, dibidas pelbagai pihak.

"Dua daripada mereka enggan mengadakan hubungan seks, tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," dakwa Mahathir.

Mahathir berkata bahawa 2 wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks, manakala 2 lagi bersetuju. Namun mahathir berkata, beliau berkeras enggan ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Dakwaan liar itu disusuli dengan penafian Anwar yang menyifatkan tuduhan Mahathir itu dibuat semata- mata mahu menutup penyelewengan yang dilakukannya semasa memegang tampuk pemerintahannya.

Pandangan Anwar turut disokong Lee, yang menyifatkan memoir Mahathir ini tidak lebih dari sekadar propaganda semata- mata.

"Ini bukan satu bahan yang boleh dirujuk sebagai bahan sejarah tetapi sekadar propaganda mahathir," tambahnya lagi.

No comments: