PAS minta polis siasat video lucah fitnah Anwar
Selain itu, pihak polis turut diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang terlibat dalam adegan tidak bermoral itu bagi menjawab kekeliruan kepada orang ramai.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, siasatan yang telus dari pihak polis berhubung perkara itu amat penting bagi mengetahui dalang dalam penyediaan, penyebaran dan penayangan video tersebut.
Menurut beliau, dalam video tersebut Datuk Seri Anwar difitnah sebagai pelakunya bersama seorang wanita Cina dan ia merupakan satu rekaan yang nyata berniat jahat.
Katanya, bagaimana perkara itu tidak boleh diterima sebagai fitnah sedangkan ia dibuat untuk ditonton oleh golongan tertentu sahaja dan tidak pula dinyatakan pihak yang menyediakannya.
"Dengan itu, jelaslah itu semua fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya yakin jika tidak Umno yang terlibat adalah pihak yang menerima upah dari Umno yang melakukannya," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Tindakan tetsebut, menurut beliau, jelas merupakan permainan kotor Umno untuk memburukkan Anwar bagi mempengaruhi orang ramai agar tidak mempercayai beliau dan Pakatan Rakyat.
"Ini samalah juga dengan permainan mereka dalam isu kalimah Allah bagi menarik perhatian umat Islam yang akhirny membawa kepada kejadian bakar gereja dan surau.
"Pada hal PAS sejak dulu lagi telah menyatakan tidak ada masalah kepada sesiapa pun nak guna nama Allah termasuk orang Kristian asalkan tidak disalahgunakan,” katanya.
Perkara itu, katanya samalah juga dengan permainan Umno dalam meluluskan penyebaran Bible dalam bahasa Melayu yang jelas akan merbahayakan masyarakat Islam yang dibuat untuk mengambil hati orang Kristian.
Mengulas tayangan video lucah itu dengan lebih jauh, beliau berkata, penipuan Umno dalam hal itu lebih ketara apabila ia turut dimaklumkan oleh para wartawan yang melibatnya sebagai 'superimpose'.
Katanya, menurut para wartawan, perkara itu amat jelas apabila lelaki terbabit itu bukan Anwar, tetapi lelaki lain apabila lelaki itu berperut buncit dan jelas tidak seperti badan Anwar tetapi di bahagian mukanya digunakan muka Anwar.
"Perbuatan tersebut jelas satu fitnah yang amat jahat dan perlu disiasat dengan mendalam bagi membawa mereka yang terbabit itu ke muka pengadilan," katanya.
No comments:
Post a Comment