SHAH ALAM 29 MAC : Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad kesal dengan tindakan polis yang mengamalkan sikap berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat dalam memberikan ruang kebebasan untuk parti itu mengadakan ceramah secara terbuka.
Idris Ahmad melalui kenyataan medianya berkata, beliau juga turut mempersoalkan keengganan polis untuk mematuhi keputusan yang dibuat mahkamah sebelum ini dimana ceramah politik yang diadakan di kawasan persendirian, tidak menyalahi undang-undang.
“PAS ingin mengingatkan polis, bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri,”.
“Polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu, Tampin,” katanya.
Sebelum ini, mahkamah Majistret Jelebu pada Julai 2001 memutuskan Mohamad Sabu ketika itu Ahli Parlimen Kuala Kedah, tidak bersalah kerana mengadakan ceramah tanpa permit di Markaz Pas Jelebu.
Idris berkata demikian bagi mengulas, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terbaru di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu di kawasan persendirian yang berakhir dengan kekecohan berikutan campur tangan polis.
Menurut Idris, beliau juga turut mendakwa polis bertindak secara bertentangan dengan undang-undang kerana mereka bersifat angkuh apabila masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.
“Setakat ini, jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat jika tiada gangguan polis, akan berakhir dengan aman. Semua maklum jika perhimpunan diganggu polis, maka akan berakhir dengan kekecohan,” katanya.
Justeru, Idris mengingatkan polis betapa rakyat tertanya-tanya mengapa polis begitu agresif mengganggu ceramah Pakatan Rakyat tetapi tidak mengambil tindakan tegas dalam isu tayangan video seks palsu yang kian tersebar kepad umum kini.
Malah, polis sebaliknya tidak pula menyerbu Hotel Carcosa yang menayang video lucah pada 21 Mac 2011.
“Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.
“Di manakah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam,” tegasnya.
1 comment:
APA BOLEH BUAT KALAU DAH ITU CARA PDRM BERKHIDMAT UTK UMNOAPCO BAH.. CARA YG BAIK BILA UMNOAPCO BUAT CERAMAH MARI KITA PENYOKONG PR BUAT KECOH, SABO DAN HURUHARAKAN MAJLIS MEREKA...... TENTUKAN CERAMAH MEREKA GAGAL.... TENGOK APE KATA HISHAM BAPOK.... DAN KALAU DIAMBIK KATA WAK TPM MASA KERETA ANUAR DI FELDA KERDAU DIBALIK BATU. MEREKA YG TAK SUKA DSAI BERHAK BERBUAT BEGITU.. MAKA JIKA ADE PEMIMPIN UMNOAPCO YG RAKYAT BENCI BOLEHLAH DILAKUKAN SEBEGITU RUPA.... OK KOT?
Post a Comment