Ahli tak pernah keluar parti
ULU KINTA - PKR cabang Tambun menafikan 154 anggota wanitanya keluar parti itu dan menyertai UMNO seperti dilaporkan akhbar Februari lalu.
Pengarah Pilihan raya PR Dewan Undangan Negeri (DUN) Ulu Kinta, Muhammad Arafat Mahamad berkata, jurucakap kumpulan itu diketuai bekas Naib Ketua Wanita PKR Ipoh Barat Siti Aminah Mansor perlu menunjukkan nama dan surat peletakan anggota berkenaan.
“Kita di peringkat cabang tidak menerima sebarang surat pemberhentian ataupun peletakan jawatan serta keahlian yang diterima oleh PKR daripada mana-mana pihak seperti yang didakwa.
“Malah kita hubungi Ketua Wanita PKR Cabang Tambun, Khadijah Saed dan beliau menyatakan tiada surat letak jawatan setakat ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Muhammad Arafat yang juga Naib Ketua Cabang PKR Tambun berkata, perkara itu merupakan taktik lapuk yang mesti dihentikan kerana rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi dengan omongan kosong.
“Taktik yang diguna pakai oleh mereka merupakan taktik lapuk kerana cuba mengalih perhatian kedatangan Anwar ke kawasan ini selain penyertaan 240 anggota MIC menyertai PKR dan kami Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah mengikut budaya seperti ini untuk mencemarkan imej sesebuah parti kerana perkara yang tak pernah wujud dikatakan wujud.
“Kami pun boleh cakap kosong jika ada 200 atau 300 anggota UMNO menyertai parti kami tetapi persoalannya sama ada wujud atau tidak dan lagipun ini bukan budaya PR dan saya cabar Rusnah mengeluarkan senarai nama dan maklumat anggota ‘kami’ yang keluar jika benar mereka ahli PKR, dan apa yang saya tahu kebanyakan orang pada hari tersebut adalah orang yang sama sebelum ini yang dibuat oleh bekas Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V Subramaniam dahulu,” katanya.
Kata Muhammad Arafat, Siti Aminah Mansor keluar PKR pada September 2010 yang lalu dan muncul secara tiba-tiba di saat ketua umum dikhabarkan mahu datang ke kawasan ini dan pihaknya melihat ia sebagai salah satu helah kononnya untuk melemahkan semangat para ahli di sini.
7 comments:
YANG INI AKU SOKONG HANGPA. MACAMANA AHLI PKR NAK KELUAR, DAH MEMANG TAK DAK AHLI. KALAU TAK PERCAYA HANGPA CHECK TENGOK
Umno la yang bodoh, kalau dakwa PKR tak da ahli. Yang dok buat dakwaan keluar PKR buat apa. Kan bodoh namanya tu.
Kecik2 tak mau nak mampus, dah besar berak rumah orang
HAPRAK AHLI UMNOAPCO. HANGPA NI MEMANG KAKI PUTAQ ALAM SAMA MCM TUN M... TAPI MASIH BOLEH DITIPU OLEH LEONG SIK DAN KONG CHOY... ATAU SAMA2 BERKOMPLOT... CARILAH 2 KAMBING HITAM.. MEMANG PEMIMPIN UMNOAPCO KURANG CERDIK DAN HAPRAK PYA LAH BYK MENTERI MELAYU SENANG2 DITIPU 2 MATA SEPIT.... AKHIR WANG RAKYAT HANCUS... ITU PUN MASIH ADE MELAYU BERJIWA HAMBA SOKONG UMNOAPCO....
AKU BENCI UMNO!!!!! UMNO HARAM JADAH KEPARAT!!!!!!!!!!!
Aku dah xnak Pas ag..Aku ore kelantan..bnyk ckp dari buat..kutuk orng pandai coz pembankang, kerja dia mengutuk jew..tp kalu buat, failed!!!! ni la dakyah dri kaum tua zmn sblom merdeka...agama bkn diakhrat shaja, tapi didunia dan diakhirat... sedar cket.. dunia akhr zaman...fitnah berleluasa, tapi org xsedar sebab bertopengkan alim ulama tu..lebih teruk dari Umno..Ag 1, seburuk2 umno, downg yang tolong bnyk org melayu kte, bkn stakat ckp jew. salam.
peduli apa ko are kelate , tambah2 lagi ore ameno.
Bagus!!! Sokong la umno yg Hina hukum ALLAH 2 ,semoga korang selamat dunia akhirat...
Post a Comment