Wednesday, April 6, 2011

Gantung tugas Abu Kassim

DAP Gesa Ketua SPRM Digantung Tugas Sehingga Siasatan Selesai


KUALA LUMPUR 7 APRIL : DAP hari ini menggesa Putrajaya menggantung tugas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sehingga siasatan kematian pegawai Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed selesai dijalankan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, berkata tindakan menggantung tugas Abu Kassim perlu ekoran kenyataan yang menyifatkan kematian Ahmad Sarbani tidak patut dieklsploitasikan atau dimanipulasikan sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka.

“DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim digantung tugas selaku Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan terhadap Ahmad Sarbani selesai.

“Datuk Seri Abu Kassim berniat jahat apabila beliau berharap kematian itu tidak akan dieksploitasi atau dimanipulasikan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribasdi, kenyataan sebegitu bukan sahaja menunjukkan rasa bersalah namun satu percubaan mahu menghentikan kebenaran dan keadilan diperoleh dalam insiden terbaru itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyifatkan sepanjang menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim masih belum mencapai kejayaan yang sepatutnya, ditambah pula dengan sikap berdiam diri dan suka berahsia tentang operasi agensi kerajaan itu,” katanya.

“Datuk Seri Abu Kassim tidak sepenuhnya berjaya disebabkan sifat suka berahsia tentang operasi SPRM menunjukkan sikap double standard sehingga gagal mengambil tindakan menentang amalan rasuah pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Bagaimanapun kematian Ahmad Sarbani akan menghalang segala usaha Datuk Seri Abu Kassim mahu membuat perubahan dan komen beliau juga tidak boleh dipandang ringan,” kata Lim yang turut memuji langkah Abu Kassim untuk membersihkan dan mengembalikan profesionalisme SPRM.

Ahmad Sarbani merupakan sebahagian daripada 62 orang menjadi radar Operasi 3B sejak minggu lalu dan dia mati dipercayai selepas jatuh dari bangunan agensi itu di Jalan Cochrane di sini, pagi ini.

Insiden terbaru ini, yang sekali lagi mengejut dan menggemparkan negara, berlaku ketika Suruhanjaya Diraja sedang mengadakan siasatan berhubung kematian bekas pegawai DAP Teoh Beng Hock, yang ditemui mati selepas disiasat SPRM di Shah Alam, dua tahun lalu.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan dan dipertanggungjawab dalam insiden terbaru itu.

Beliau juga menyifatkan cara siasatan SPRM yang mencari kebenaran dan keadilan sehingga berlaku kematian adalah tidak bertanggungjawab.

No comments: