SHAH ALAM 12 APRIL : Kerisauan yang tidak dapat dibendung lagi mengakibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa berkampung di bumi Sarawak sepanjang kempen pilihanraya negeri itu.
Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, kepimpinan rakus Taib Mahmud mengakibatkan Najib khuatir bakal kehilangan banyak kerusi pada pilihanraya negeri hujung minggu ini akibat dari kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Taib.
" Setelah sekian lama, di bawah Taib yang begitu rakus merompak dan memperbodohkan rakyat, maka kali ini nampaknya rakyat sarawak sudah mula bangkit menyatakan ketidak puasan hati secara terbuka.
" Pilihanraya negeri Sarawak juga dilihat satu medan yang penting untuk menterjemah 'mood nyah Taib dan selamatkan Sarawak'," kata Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard dalam satu kenyataan media hari ini.
Taib semalam sekali lagi membayangkan bahawa beliau akan bersara, namun menegaskan ia hanya akan berlaku dalam "tempoh beberapa tahun lagi".
Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan pengumuman Najib kelmarin yang mengumumkan akan berlaku peralihan kepimpinan dalam masa terdekat.
" Menyedari hakikat tersebut, Najib selaku Presiden BN sebelum pilihanraya sudah memulakan rundingan untuk proses pengunduran Taib, namun oleh kerana takut dengan ugutan Taib, jentera BN akan berada di luar kawal jika Taib tidak menerajui BN dalam pilihanraya negeri kali ini, maka Najib bersetuju Taib terajui jentera pilihanraya negeri tetapi akan berundur sebaik sahaja selepas itu.
" Namun setelah memulakan mood kempen disedari sememangnya rakyat menolak Taib sepenuhnya dan tanpa selindung Najib mengumumkan Taib akan berundur dalam masa terdekat. Najib sendiri panik akan kehilangan banyak kerusi di Sarawak maka dia sendiri terpaksa berkampung di Sarawak," katanya lagi.
" Najib panik jumlah kehadiran dalam kempen BN jauh sedikit jika dibanding dengan jumlah kehadiran dalam program-program kempen Pakatan Rakyat. BN terpaksa menggunakan seribu satu macam teknik menarik orang ramai datang dari terpaksa menyeret artis menyanyi selepas ucapan pemimpin BN hinggalah mengagihkan 'tupperware' percuma selepas ucapan Najib," tambahnya lagi.
Namun ujar Chegu Bard satu kesimpulan boleh dibuat dari situasi itu, iaitu " Najib sendiri gagal mengundurkan Taib (kerana) dia sudah terlalu berkuasa".
Monday, April 11, 2011
Kejutan bakal berlaku, Najib mungkin tak balik sampai hari mengundi
Kedudukan BN Sarawak Tergugat, Paksa PM Berkampung Di Bumi Kenyalang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment