KUCHING 6 APRIL: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) N08 Satok, Ahmad Nazib Johari akan menggunakan kelebihan usianya sebagai pendekatan terbaik untuk mendekati hati pengundi di kawasan itu.
Justeru, jika dibandingkan dengan calon sandaran Barisan Nasional (BN), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang berhasrat memegang kerusi itu untuk penggal ke lapan berturut-turut, Ahmad Nazib menyifatkan saat perubahan sudah tiba untuk rakyat negeri Sarawak.
"Kekuatan yang ada pada saya ialah saya orang muda, jiwa muda, pemikiran muda yang kita ingin bawa kepada orang belia di kawasan ini supaya mereka memikirkan masa depan yang lebih jauh untuk membangunkan lagi kawasan ini samada dari segi mentaliti, fizikal dan sosial," katanya.
Ahmad Nazib yang ditemui media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Datuk Merpati Jepang tengahari tadi berkata, kepimpinan Barisan Nasional (BN) disifatkan sebagai sudah lapuk selain menggambarkan negeri Sarawak kini ketinggalan 20 tahun kebelakang berbanding negeri-negeri di Semenanjung.
Lantas corak pemikiran baru harus diterapkan dalam masyarakat di negeri itu untuk mereka keluar dari kepompong kekolotan.
"Jadi saya melihat bahawa kepimpinan tersebut kita patut tukar. Kita patut melihat kepimpinan baru untuk berfikir cara baru dan membawa Sarawak lebih kedepan," kata beliau.
Mengulas lanjut samada persaingan pada 16 April nanti sengit ataupun tidak Ahmad Nazib yakin beliau mampu mengubah mentaliti rakyat di negeri itu untuk membawa arus perubahan yang lebih besar kepada masyarakat setempat.
"Persaingan ini lebih kepada persaingan orang tua dan muda. Maksudnya persaingan sengit tidak timbul. Mereka mahu melihat persaingan yang bersih dan kearah merakyatkan negeri Sarawak," jelasnya lagi.
Ahmad Nazib yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak berharap rakyat di kawasan itu memilih PKR pada hari pengundian nanti memandangkan kesepakatan dinamik yang ditunjukkan mampu membawa lebih banyak suara rakyat ke DUN Sarawak.
Katanya lagi, beliau optimis rakyat di Sarawak telah menyaksikan bagaimana pemerintahan lapuk BN menindas rakyatnya dalam isu tanah dan keperluan prasarana yang tidak mencukupi jika dibandingkan dengan hasil mahsul negeri itu.
Satok yang mempunyai 10,431 pengundi terdiri daripada 40 peratus pendaftar pemilih yang berusia lingkungan 40 tahun ke bawah.
Pilihanraya ke-9 pada tahun 2006 lalu menyaksikan calon veteran BN Amar Abang Johari Tun Abang Openg meraih kemenangan dengan majoriti 2,798 undi.
PRN kali ini bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PKR Ahmad Nazib dengan calon veteran BN Amar Abang Johari yang akan berlangsung 16 April nanti.
1 comment:
Syabas waa sokong luu nazib buat yg terbaik,abg jo jonggang to kasih tamat je,apa yg dia buat selama 7penggal pada org melayu yg terlalu gok dgn BN,sebenarnya abg jo ni pencacai taib kalau dia digugur oleh taib maka melayu gok akan berpindah pangkah itu yg taib buat jo jonggang ni sebagai pencacai melayu utk pehin gambir....bodo..ubah lagik ya,sekali lagi syabas kpd Nazib Johari,bukakan mata melayu2 yg tidur oleh Dacing BN supaya dicucuk idong mcm lembu....
Post a Comment