KUALA LUMPUR, 7 April: DAP melihat usaha Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim untuk memulihkan badan itu dilihat kurang berjaya kerana kegagalan badan itu mengambil tindakan terhadap pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta sikap “double-standard” badan tersebut yang gagal untuk mengambil tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Namun, tragedi terbaru iaitu kematian Ahmad Sarbani yang ditemui terbaring di tingkat 1, gelanggang badminton terbuka Bangunan SPRM, Kuala Lumpur semalam sesungguhnya melenyapkan segala usaha Datuk Seri Abu Kassim selama ini yang inginkan kelainan.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan Abu Kassim harus berundur buat sementara waktu sehingga siasatan ke atas kematian tragis ini selesai.
Selain itu, beliau juga mencadangkan, dua lagi pendekatan baru diperlukan bagi memastikan tiada lagi kes suspek rasuah masuk ke pejabat SPRM dengan masih bernyawa tetapi ditemui mati ketika keluar dari pejabat itu.
"Pertama ialah dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang baru yang mamatuhi dan memenuhi norma- norma keadilan antarabangsa bagi
menyiasat kematian tragis masa kini.
"Keduanya ialah merombak semula operasi dan kaedah SPRM oleh “Transparency International” dengan kuasa penuh untuk mengubah apa sahaja yang dilihat perlu sama ada disukai atau tidak oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjadikannya sebuah institusi anti-rasuah yang benar-benar efektif dan professional," katanya.
Taib enggan undur
Sementara itu, berita terus tersebar kepada pelbagai pihak kononnya pemimpin utama BN iaitu Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin gagal memujuk Taib berundur menjelang pilihan raya Sarawak ini.
Padahal sehari sebelum itu, media termasuk antarabangsa, dimaklumkan akan ada pengumuman penting dibuat menjelang pilihan raya Sarawak baru-baru ini.
Antara yang dijangkakan adalah pengumuman Taib untuk tidak bertanding dalam pilihan raya pilihan raya Sarawak kali ini.
Namun, selepas Najib dan Muhyidin bertemu Taib, tidak ada sebarang pengumuman penting dibuat.
Menurut sumber, Taib enggan berundur jika syarat-syarat yang dimintanya gagal dipenuhi BN termasuklah kepentingan diri dan keluarganya.
No comments:
Post a Comment