Cubaan mengganggu sidang media Anwar di PRN Sarawak
Gelagat seorang pemberita wanita dari stesen penyiaran 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang ini, mengundang kemarahan wartawan akhbar Sarawak.
Seorang wartawan akhbar Sarawak itu memintas dan menegur pemberita penyiaran berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dengan menyatakan sidang media itu berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
“Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal,” kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain.
Sarawak memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu, kebanyakannya dikawal regim Taib Mahmud tetapi mereka dipercayai mula berpaling tadah.
Pemberita penyiaran itu dilihat cuba mengheret isu video fitnah berbanding perkembangan PRN Sarawak hingga meresahkan puluhan wartawan lain.
Beliau dipercayai diarah pihak atasannya supaya bertanyakan soalan itu kepada Anwar bagi menggembar-gemburkan isu video fitnah yang tidak mendapat perhatian rakyat Sarawak.
Anwar pada sidang media itu menyifatkan soalan berkenaan jam tangan Omega itu membuktikan media arus perdana tidak putus-putus mencari jalan merosakkan reputasinya.
“Untuk apa saya menjawab soalan-soala ini (isu video fitnah)? Bukankah Azizah (isteri Anwar) sudah mengadakan sidang media berkenaan perkara ini?
“Inilah cara Barisan Nasional (BN) memperkudakan media dengan soalan yang tidak berkenaan,” kata Anwar yang kelihatan sedikit berang dengan soalan itu.
Anwar: Apa kena mengena jam Omega. sudah establish ke benda tu?
Wartawan: Datuk Seri adakah…
Anwar: Jawab soalan tu. adakah sudah establish.
Wartawan: Dalam tweet sebelum ni…
Anwar: Pasal apa saya nak jawab?
Wartawan: Itu sebab saya tanya.
Anwar kemudiannya bertanya kepada wartawan penyiaran itu, sama ada berani bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang
kaitannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Anwar: Pernah ada orang tanya?
Wartawan: Sebelum ni Datuk Seri…
Anwar: Media kena honest. Dia tak boleh menjadi perkakas orang yang zalim dan menghina. kalau ada basis.
Wartawan: Dulu Datuk Seri ada janji untuk jelaskan di mana Datuk Seri ketika…
Anwar: (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dah jawab. Saya tau soalan you untuk bantu Utusan tulis Anwar gagal jawab.
Wartawan: Bukan macam tu Datuk Seri.
Anwar: Dah habis soalan?
Wartawan: Belum
Anwar: Habiskan soalan.
Wartawan lain: Apa pendapat Datuk Seri tentang….
Anwar: Biarkan dia habiskan soalanya. Saya mahu tunjukkan kepadanya bagaimana Umno operate.
Wartawan: Tak ada kena mengena dengan Umno. Saya media, saya jalankan tugas saya.
Anwar: Ya, saya tahu tugas media.
Wartawan: Sebelum ni Datin Seri Wan azizah kata ada jam dalam tangan.
Anwar: Ya.
Wartawan: Tapi belum lagi serah pada polis.
Anwar: Bila yang polis minta?
Wartawan: Jadi jam tu ada pada Datuk Seri?
Anwar: Bila yang polis minta? bila yang polis minta?
(Beberapa orang cuba menghentikan perbalahan tersebut)
Anwar: Tak apa, tak apa. saya nak tengok media perkakas Umno tanya soalan. Soalannya polis minta. bila polis minta. polis tak minta.
Wartawan: jadi…
Anwar: You tanya soalan I jawab.
Wartawan: Datuk Seri tak jawab soalan saya.
Anwar: You bagitau polis minta, saya bagitau polis tak minta.
Malaysiakini: Adakah Datuk Seri akan menyerahkannya?
Anwar: Biar polis minta. Apa isunya? Isunya ialah video. Mereka akan tanya hotel mana, adalah saya pergi ke hotel tersebut. Mengapa harus saya melayan soalan-soalan ini? Biar polis yang mengendalikannya. Soalan berikutnya.
Keadilandaily/mKini/Tulang Besi
1 comment:
BOLEH TAHAN JUGAK WARTAWAN ITU MCM RUPA YG DOK NIAGA KAT LORONG DI PEKAN SIBU AJE APAI....
Post a Comment