Tuesday, May 31, 2011

Kisah benar kes naya, dua polis kena pelempang

Dua anggota Polis kena lempang

PONTIAN -: Seorang ibu yang naik berang selepas anak gadisnya ditahan dalam sekatan jalan raya, bertindak melempang muka dua anggota polis dalam satu di Pontian Besar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jiman berkata, sebelum kejadian, tiga anggota polis dari Balai Polis Kayu Ara Pasang melakukan Ronda Cegah Jenayah di sekitar Pontian Besar dan terserempak dengan sebuah kereta yang mencurigakan sekita jam 10 malam.

Menurutnya, kereta yang dipandu seorang remaja perempuan berusia 19 tahun itu yang dinaiki bersama empat rakan perempuannya, terus memecut laju untuk mengelak sekatan jalan raya yang dibuat.

Namun begitu katanya, kumpulan remaja itu berjaya ditahan polis tidak lama kemudian, tetapi kesemuanya tidak mahu keluar dari kenderaan tersebut.

:“Remaja: itu juga tidak menunjukkan lesen memandu walaupun sudah diarahkan berbuat demikian beberapa kali. Kira-kira 15 minit kemudian, ahli keluarga kelima-lima remaja perempuan itu tiba di tempat kejadian.

“Seorang wanita yang juga ibu kepada pemandu kereta tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun kepada anggota polis yang bertugas itu,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, semalam.

:Tidak cukup dengan memaki hamun, wanita berusia 38 tahun itu bertindak melampau dengan melempang muka dua anggota polis.

:Malah anak wanita terbabit juga turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis terbabit.

:Zahaliman berkata, kedua-dua beranak itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian sementara mendapatkan perintah reman kerana menghalang tugas anggota polis.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak lebih dua tahun dan denda tidak melebihi RM10,000.

“Tindakan saman turut dikeluarkan kepada pemandu kenderaan kerana tidak mempunyai lesen memandu,” katanya.

Beliau memandang serius kejadian itu dan menasihatkan orang awam agar sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis bagi melaksanakan tugas di dalam apa jua tindakan pelaksanaan undang-undang.

Sh

3 comments:

Anonymous said...

Di Terengganu polis dibodohkan,
Di Johor polis dipelempang.
Apa persamaan?
Kedua-dua negeri BN, tuan pada polis.

maie1958 said...

dimalaysia ni kan 'polis raja dimalaysia'semua betul atas sebab menghalang penguatkuasa jalan tugas...apa2pun padan muka,itu baru sikit,jangan sombong dengan kuasa yang tak banyak manapun...

mangchikla said...

ntah ya ntah xdak cite polis nih...