KUALA LUMPUR – Seorang pesakit mental mendakwa tindakan membawa pisau ke pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika hari keputusan kes liwat membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mahu mencabut bendera parti itu.
Akibat niatnya juga, Hassan Ismail, 35, yang ditahan polis kerana berkeliaran pada hari terbabit, dengan membawa tukul besi dituduh dengan dua tuduhan memiliki senjata berbahaya.
Pengawal keselamatan itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki tukul besi dan sebilah pisau berukuran 7 inci, di kawasan parkir motosikal hadapan mahkamah itu, kira-kira jam 9.15 pagi, 16 Mei lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tukul besi itu berada di sebelah kiri pinggangnya manakala pisau berhulu hitam pula diletakkan di tempat duduk motosikal miliknya.
Dia dituduh di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Hakisan dan Letupan Senjata Bahaya 1958 boleh membawa hukuman penjara dua tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hassan memberitahu mahkamah, dia adalah seorang pesakit mental dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur serta turut menyerahkan dokumen berkaitan masalah mentalnya kepada mahkamah.
”Pisau itu untuk mencabut bendera parti itu dan saya simpan dalam motosikal,” katanya yang turut memberitahu ada mengikuti ceramah Anwar sehari sebelum kejadian.
Setelah mendengar kata-kata Hassan, Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir mengarahkan supaya Hassan dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan lanjut keadaan mental.
Beliau kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 20 Jun depan.
Memetik laporan terdahulu, pada hari keputusan kes liwat membabitkan Anwar itu, seorang lelaki berpakaian pengawal keselamatan ditahan selepas berkelakuan mencurigakan sambil membawa tukul besi dalam ratusan penyokong Anwar yang hadir ke mahkamah berkenaan pada 16 Mei lalu.SH
4 comments:
HE..HE..ORANG GILA PUN TAK MAU PKR. YANG MAU PKR TU HARUSLAH 16 KALI GILA KOT ?
orang gila nak ke UMNO sebab sama-sama gila seks UMporNO
Kalau PKR gila tak payah lah Najib takut sgt .. Ini bila PKR nak wat ceramah anjing2 pun sibuk roadblok lagi pun bkn dpt OT pun. hisham bapuk bkn jaga sgt welfare mat2 kanpau ni... first class pya hapraklah umporno dan lucai haramjadah....
Kalau PKR gila tak payah lah Najib takut sgt .. Ini bila PKR nak wat ceramah anjing2 pun sibuk roadblok lagi pun bkn dpt OT pun. hisham bapuk bkn jaga sgt welfare mat2 kanpau ni... first class pya hapraklah umporno dan lucai haramjadah....
Post a Comment