Wednesday, May 11, 2011

Percaya lagi fitnah Utusan, Pandy Kutti punya Utusan

UTUSAN Malaysia akhbar milik gerombolan songkok tinggi semalam menyiarkan sebuah berita yang dilihat sengaja dibesar-besarkan tentang isu Anwar Ibrahim menyebut perkataan "Pandy Kutti" di dalam ceramahnya yang diadakan di Dewan Hamzah Klang Sabtu lalu di hadapan masyarakat India.

Utusan memutarbelitkan perkataan yang disebut Anwar Ibrahim itu kononnya Anwar menyebut gelaran "Pandy Kutti" (anak babi) kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu [Utusan]


Perdana Menteri Najib, apabila diminta mengulas tentang laporan itu menyerang kembali Anwar Ibrahim serta menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai mengamalkan politik tidak beretika.

Sungguh pun selama ini gerombolan songkok tinggi tidak henti-henti meyerang peribadi Anwar Ibrahim dengan video lucah, kes seksual dan lain-lain sebagai taktik meraih sokongan politik, Najib sempat "berpura-pura suci" sambil berkata

'Tetapi untuk serang peribadi orang lain, itu sudah terjebak dalam kancah politik yang tidak beretika. Saya percaya rakyat sendiri boleh menilai dan saya tak perlu buat ulasan lebih lanjut mengenainya'


Bagaimana pun, orang tengah sebenar yang melagakan antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim, adalah Utusan Malaysia. Anwar Ibrahim tidak pernah menggelarkan Najib sebagai "anak babi" (Pandy Kutti), sebenarnya Anwar menujukan perkataan "pandy kutti" kepada politik kotor dan lucah yang dilakukan oleh UMNO.

Namun begitu, Utusan dilihat sengaja mengubah dan memutar belitkan isu ini dengan membuat laporan fitnah bagi menggambarkan Anwar Ibrahim menggelarkan Najib anak babi. Sebagai bukti, sila tonton video rakaman ucapan Anwar Ibrahim pada waktu itu, di bawah ini.

No comments: