Dalam masa 2 bulan terakhir ini, kita telah melihat 2 pilihanraya umum, iaitu Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April, lepas dan Pilihanraya Umum Singapura pada 7 Mei lepas. Keputusan pembangkang dalam kedua-dua pilihanraya tersebut begitu memberangsangkan walaupun gagal menafikan 2/3 majoriti kepada parti memerintah. Tetapi pembangkan meningkat 100 peratus atau lebih.
Di Sarawak, pembangkang telah meningkat 100 peratus, yakni dari 8 kerusi DUN kepada 16 kerusi DUN. DAP mendapat 12 kerusi, PKR 3 kerusi dan Bebas 1 kerusi. Sementara di Singapura pula, keputusan pembangkang telah meningkat lebih 100 peratus dari, yakni dari 2 kerusi sebelum ini kepada 6 kerusi. Kesemuanya dimenangi oleh parti Pekerja, yakni satu kawasan GM1 (1 orang) dan 1 kawasan GRC (5 orang), yakni al-Juneid memaksa Menteri Luar, George Yeo dan 4 rakannya dari PAP tewas.
Begitu juga peratus undi popular parti pemerintah juga telah merosot kepada 55 peratus di Sarawak dan 60 peratus di Singapura bwerbanding dengan undi popular mereka sebelum ini. Kita melihat bagaimana angin perubahan telah mula berlaku di kedua-dua tempat yang sukar menerima kehadiran pembangkang sebelum ini.
Mungkinkah PRU 13 pada 11.11.2011?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengiyakan atau menafikan akan mengadakan PRU ke-13 pada 11.11.11 tapi masih berlegar kepada permainan angka seolah-olah dia cuba bermain teka-teki berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Najib dalam temubual dengan sebuah rangkaian radio tempatan yang disiarkan secara langsung baru-baru ini menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.
Diantaranya Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Sementara, ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR (akhir tahun lepas) dan PAS (pada pertengahan tahun ini) untuk membuat persiapan menghadapi pilihanraya tersebut.
No comments:
Post a Comment