PULAU BESAR: Pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.
Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.
“Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya,” demikian dinyatakan Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Omardin Mauju, Guru Utama Silat Lincah Malaysia yang mengancam supaya perhimpunan Bersih 9 Julai ini dibatalkan, jika tidak mahu ‘berperang’ dengan pengamal seni silat di negara ini.
Omardin, mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat itu kerana khuatir tidak dapat mengawal ‘emosi’ anak-anak didiknya jika mereka ‘bertembung’ pada perhimpunan itu nanti.
Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.
Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.
“Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. “Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya,” kata Cikgu Majid.
Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.
“Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini,” kata Cikgu Majid.
Cikgu Majid atau nama penuhnya Abdul Majid Mat Isa adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu” walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.
Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura.

7 comments:
MINTAK MAAFLAH CIKGU,
AKU NAK BERTANYA, SEJAK BILA PULAK CIKGU DIANGKAT JADI ORANG KANAN ARWAH PAK MEOR ?
JANGAN MAIN NGAKU JER.. RAMAI LAGI WARIS ARWAH YANG BELUM BERSUARA.
BERANIKAH BERTANGGUNGJAWAB ?
bersuaralah
Omardin bekas banduan Pu. Jerjak tu, org mcm ni umporno nak tonjolkan piee lah bagi pulak Tan Sri lagi jahanam.. lewat 80an sepasukan Paskal TLDM diketuai PO Meras dan beberapa anggota paskal telah bertumbung di laluan tangga Hotel budget tempat mangkok hayun ni menginap setelah di pindahkan dari Pangkor ke Lumut (buang daerah) gara2 mengusik isteri salah seorang anggota paskal yg berubat dgn nya konon.. berterabo koncu2 omardin lari.. akhirnya org mcm ni dibela umporno.. genster melayu pukul melayu... hanya berani dgn melayu aje... tentu Kdr Ramli Kardi ADC Sultan selangor masih ingat peristiwa ni!!!! skrg nak tunjuk lagak pulak....
Yg Omardin pukui borong kata semua ahli silat sanggup turun lawan bersih tu apa pasai? Dia presiden Pesaka ka? Ada ahli gabungan setuju.
Ni la masalahnya org melayu(perkosa, pemuda auw n lanca.). Dah xleh debat ilmiah depa bagi ugutan.
penyamun mcm ni yg beriya iya sngt nk membela melayu.cuba tny pd masa puak umno menyerang Raja2 Melayu apa yg dia buat.ada dia kerahkn ank2murid mnyerang umno utk mmpertahankn Raja2 Melayu.bli bngsa mlayu di aibkn oleh mamak kutty,di mna dia?bila penguasa nk tutup SAR,kmana dia mnghilang?poorah!aku pun mlayu juga tp x ada mcm kamu,melayu pengampu
setakat omar din mauju ni bulu roma sial aku pun tak goyang...aku kenal sgt2 waktu dia ni terpaksa makan angin kat daerah lumut dan pangkor tempohari...huh...wa tau la lu sapa ...jgn dok cakap besar la...cerita lama lu pun lum setel lagi..
Pelik betul orang silat ni. Cekak bergaduh cara cekak, gayong bergaduh cara gayong.. Masing2 dah rasa hebat sangat sampai sanggup memperlekehkan orang2 lama.. Kita kena hormat orang2 tua walaupun kita rasa 'ilmu' kita dah hebat dari orang tua tu. Tapi kalau dah tak tahan sangat rasa 'megah' tu, pi secara jantan dan cabar orang lama tu bertarung. Lepas tu kita tengok setara mana ilmu kita.
p/s: setakat banyak membaca atau banyak teori, tidak membawa kita ke mana2. Buktinya zaman sekarang ni silat olahraga pun selalu kalah dengan pesilat asing huh! macam tuh nak rasa 'megah'. Cakap berdegang2 tapi jumpa samseng hindu ketaq lutut. Jumpa mat pit parking , bayar jugak singgit. Kalau handal sangat , hang pi tibai mata pit tu dulu.
Post a Comment