KUALA LUMPUR: Muktamar PAS hari ini didedahkan bagaimana usaha untuk menyelesaikan isu kad pengenalan palsu hanya jatuh ke telinga pekak sahaja.
Ia berlaku apabila pelbagai usaha melalui pelbagai saluran dibuat untuk menyelesaikannya namun pihak yang prihatin ini hanya ditendang bagai bola sahaja.
Perwakilan PAS kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim memberitahu, beliau menemui 14 keping kad pengenalan bersama dengan kad berlogo BN di satu tempat pembuangan sampah.
Ekoran itu, beliau bersama dengan Dewan Pemuda PAS Johor telah membuat laporan polis mengenainya.
"Akibatnya saya yang disiasat...antaranya mereka tanya, kenapa saya ke tempat pembuangan sampah. Saya kata, memang kerja saya sebagai tukang besi mencari besi buruk untuk digunakan," cerita Zaaba kepada sidang muktamar.
Selepas dua minggu, beliau ke balai polis bertanya apa berlaku kepada laporan polis beliau itu, namun tidak ada sebarang jawapan yang memuaskan dari pihak polis.
"Seminggu selepas itu, saya pergi lagi tanya, tidak ada juga," kata Zaaba ketika menyokong usul Pemuda PAS agar satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat skandal kad pengenalan palsu yang diberikan untuk kepentingan pilihan raya.
Usul yang diluluskan sebulat suara itu juga mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran agar menyiasatnya dengan teliti.
Usul itu juga mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku.
Sekiranya keadaan mendesak, PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil satu tindakan undang-undang diambil terhadap JPN dan/atau SPR dan pada masa yang sama memohon satu perintaah injunksi sementara diambil bagi menggantung segala proses pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing.
Memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini sebagai salah satu tuntutan di dalam agenda Bersih 2.0 yang akan mengadakan perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011.
Menurut Zaaba, selepas kesal dengan polis, beliau membuat memo ke Parlimen bagi melaporkan perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri namun juga tidak mendapat jawapan yang memuaskan mereka.
"Saya sedia untuk menjadi saksi dan sedia memberikan bukti untuk mendedahkan perkara ini kerana ia masih tersimpan kemas dengan saya," kata Zaaba yang menyokong usul itu.
Sunday, June 5, 2011
Kerana UMNO , agensi kerajaan jadi TELINGA PEKAK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment