Saturday, June 25, 2011

Pakai baju BERSIH dalam balai tak kena tangkap, polis tangkap hanya jika pakai depan orang ramai je

SEMALAM ReJaM© ada siarkan beberapa keping gambar pemuda yang ditangkap dan digari oleh Polis di depan khalayak ramai hanya kerana memakai baju berwarna kuning dengan tulisan BERSIH 2.0 saat beliau sedang minum kopi di uptown Shah Alam, rujuk sini [Tangkapan lucu]

Semasa Khairul Anuar Zainuddin sedang disoal siasat (untuk cukupkan syarat sebab Polis dah tangkap), seorang kawannya bernama Rozan Azen Mat Rasip telah hadir ke Balai Polis selepas mendapat berita bahawa rakannya ditahan Polis kerana memakai baju BERSIH 2.0.

Apa yang menarik dan melucukan, Rozan Azen hadir di balai Polis sambil memakai baju BERSIH 2.0 iaitu baju yang telah menyebabkan Khairul Anuar ditangkap Polis ketika sedang minum kopi di Uptown Shah Alam sebelum itu.



Apa yang menjadi persoalan di sini, mengapakah Rozan Azen tidak ditangkap sedangkan dia memakai baju berwarna kuning serta memaparkan tulisan BERSIH 2.0? Malah Rozan Azen hadir di dalam kawasan balai Polis yang dilihat sudah memudahkan kerja Polis bagi menangkapnya. Polis bagaikan kucing yang kekenyangan melihat tikus menari-nari di depannya.

Khairul Anuar Zainuddin memakai baju BERSIH 2.0 di Uptown Shah Alam ditangkap dan digari di depan khalayak ramai, tetapi Rozan Azen siap masuk Balai Polis dengan memakai baju BERSIH dibiarkan saja. Bagaikan pengedar dadah menjual dadah di pintu lokap Balai Polis....

Rupa-rupanya Polis tangkap baju kuning depan orang ramai je kah kah kah...

ReJaM© "Cuba tanya... Polis tangkap orang pakai baju kuning untuk menguatkuasakan undang-undang atau takut dibuang kerja?"


No comments: