KUALA LUMPUR -- Seorang kartunis hari ini memfailkan saman terhadap dua anggota polis dan tiga yang lain kerana menahan serta merampas 66 buah buku dan sebuah lukisan kartun miliknya.
Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar dan syarikat miliknya Sepakat Efektif Sdn Bhd menamakan ASP A.Arikrishna dan ASP Marina Hashim sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga hingga kelima.
Zunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di sini.
Dalam pernyataan tuntutan itu Zunar mendakwa pada 24 Sept 2010, pukul 4 petang sepasukan polis yang diketuai ASP Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk"Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.
Katanya selepas tangkapan itu beliau telah dibawa ke beberapa balai polis di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum lewat malam untuk direman sehari dan terpaksa bermalam di Balai Polis KLIA atas dakwaan menghasut.
Zunar mempertikaikan asas-asas penangkapan dan penahanannya, rampasan terhadap karyanya dan menyatakan bahawa tindakan itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta berniat untuk mengagalkan pelancaran buku tersebut.
Berikutan itu Zunar menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan teruk, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau gantirugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau gantirugi khas dan lain-lain. -- BERNAMA
Tuesday, June 14, 2011
Rampas kartun : Zunar saman polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment