BERSIH TUNTUT DAKWAT KEKAL, BUKAN BIOMETRIK
Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita.
Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.
Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil.
Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.
Demontrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai 2011 setelah usaha perundingan dan perbincangan telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwak kekal.
Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihanraya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.
Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil , seolah-olah kita minta teh, tetapi yang dibawanya kopi.
Ustaz Idris Ahmad
AJK PAS Pusat.
5 comments:
AKU CADANGKAN HANGPA DEMO. KALI INI MESTI BERJUTA ORANG TURUN.
HE!HE!HE!
cadangan luncai setelah patriot umporno gagal wlpn di bantu mat bangla
PDRM jgn pulak buat sekatan jalanraya, baru kita boleh kumpul dan berdemo dgn jumlah lebih sikit dari umporno 4.5 juta. Boleh kot hisham bapuk? jom demo.... jom demo...
HE!HE!HE!
BIJAK...BIJAK.
BAGUIH PUNYA ALASAN..
HE!HE!HE!
memang baguih bukan bodo macam pencacai umporno macam hang luncai
Post a Comment