Thursday, July 21, 2011

Bunuh diri kerana tekanan sama seperti membunuh


KUALA LUMPUR, 21 Julai — Lim Kit Siang mendakwa tindakan membunuh diri Teoh Beng Hock dalam suasana tekanan akibat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersamaan dengan tindakan membunuh dan mahu mereka bertanggungjawab berhadapan dengan “kesan sewajarnya”.

Ahli Parlimen veteran
dari DAP ini berkata, sesiapa sahaja orang biasa akan bersetuju tindakan mengenakan tekanan sehingga menyebabkan membunuh diri di kalangan pegawai SPRM tidak sama dengan perbuatan membunuh diri tetapi “bersamaan dengan tindakan membunuh.”

“Anda tidak boleh ada satu situasi ia bukan (
kes) dibunuh tetapi (sebaliknya) (tekanan) paksaan (ke arah) membunuh diri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sementara itu satu sidang media berkaitan dengan laporan Siasatan DiRaja tentang isu ini akan dibuat pada jam 4:30 petang ini di pejabat Karpal Singh & Co, 67 Jalan Pudu Lama (Tel: 03-20703839).

2 comments:

Hamdan Rukun said...

KALAU TAK ADA KES RASUAH ADUN DAP, MAKA TIADA SIASATAN. OLEH YANG DEMIKIAN ADUN DAP YANG JADI MAJIKAN MENDIANG JUGA BOLEH DISABITKAN MEMBUNUH !

Anonymous said...

fitnah la luncai, jika rasuah nape sprm tak dakwa samapi sekarang.