Saturday, July 16, 2011

Kenyataan BANGANG terbaru : Ramai hadir Himpunan Bersih 2.0 sebab dibayar

Oleh kerana berasa pelik dan hairan dengan kehadiran ramai orang menyertai perhimpunan Bersih 2.0, kementerian Rais Yatim akan melakukan bancian bagi mengkaji sebab utama rakyat turun padang walaupun setelah diugut dan diancam oleh pihak berkuasa.

Rais yakin yang ramai telah dibayar wang untuk turut sama serta perhimpunan tersebut tanpa menyedari apa yang mereka lakukan. Ramai pula yang sertainya hasil daripada terikut-ikut dengan kawan-kawan.

Rais juga risau katanya perhimpunan Bersih itu dilihat seperti orang Melayu bergaduh dengan Melayu sedangkan orang bukan Melayu bertepuk tangan.

Ini sudah tentu satu lagi usaha untuk melakukan pembohongan kepada rakyat. Pertama sekali dengan inisiatif kementerian bagi melakukan survey, maka akan adalah budget bagi melaksanakan program tersebut, akan ada segolongan yang akan buat duit.

Keduanya survey itu akan mempamerkan bahawa rakyat yang turun benar-benar mendapat sogokan wang bagi membahayakan diri mereka dan mereka turun semata-mata atas dasar ikut-ikutan.

Akhirnya survey akan membuat rumusan Bersih sebenarnya adalah lakonan semata-mata dan tidak menggambarkan perasaan rakyat yang mahukan pilihan raya yang telus dan adil.

Mungkin 2 orang yang wajib disoal selidik dalam bancian tersebut adalah Marina Mahathir dan A. Samad Said. Mungkin Marina akan jawab dia telah dibayar tinggi untuk menyertai Bersih 2.0 sedangkan dia tak tahu menahu kenapa perhimpunan di adakah. Begitu juga bagi A Samada Said.

Semalam ketika menghadiri hari sukan sekolah anak-anak, saya berbual dengan salah seorang bapa yang turut sama hadir. Dia nampaknya beria memberikan ceramah pada saya betapa bodohnya orang Melayu yang menyertai Bersih.

Ada juga yang berkepiah dan tua masih mahu sertai perhimpunan. Kenapa mereka mahu ikut orang bukan Melayu soalnya. Dia risau orang Melayu asyik bergaduh. Dari apa yang dia cakap ternyata dia memang sokong kuat Umno kerana apa yang dihujahkannya semuanya adalah doktrin Umno.

Saya hanya mendengar ceramahnya sehingga akhirnya dia berkata pada saya, kalau dapat seorang RM10,000 tak apalah juga, berbaloi turun.

Saya terus menyampuk dengan berkata itu budaya Umno, apa saja dibuat demi duit, tiada maruah dan tiada pegangan untuk diperjuangkan, ada duit semua boleh jalan. Mendengar jawapan itu barui dia sedar yang dia bercakap dengan silap orang, lalu beredar.

Nampaknya orang Umno ingat semua orang Melayu itu macam mereka, segala apa saja urusan boleh dibeli dengan duit. Warta Subhi

2 comments:

rosamajid said...

Rais ni sorang lagi..
'kau' buat survey tang mano?
Responden kau tu sape?
Kalu UMNO, memang la nak kan duit dulu. Baru kerja jalan. Kalau 'kau' sendiri pergi BERSIH, kau tahu la macam mane.
Orang yg pi BERSIH ni tak pandang duit. Orang fikir benda yang jauh (POLITIK BERSIH dll). Yang 'kau' duk sibuk tang tu lagi. Makan semut banyak la ni...

Anonymous said...

Bila dibayar? mcm mane kaedah dibayar? adekah masuk akaun bank atau bayar tunai? dimane mrk dibayar? semua tu pun mesti dibuat bancian jugak wahai rais Rembau. rakyat nak jugak tau kalau ade bukti.. Patriot juga mesti dibuat bancian/servey ngape berhimpun dan berapa dibayar dan tujuan berhimpun.....???? jangan tak buat....