Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, berkata tidak ada kebenaran bahawa Land Rover milik polis melanggar motosikal pemimpin PAS itu.
"Malah rakaman CCTV menunjukkan beliau terjatuh dari kenderaannya selepas terlanggar pembahagi jalan,” katanya.
Video berkenaan menunjuk sebuah Land Rover mengejar dua motosikal, satu yang dibonceng oleh Mat Sabu. Namun visual berkenaan tidak jelas menunjukkan apa yang berlaku kerana beberapa sudut pandangan tidak dapat dirakamkan.
"Menurut siasatan kami, Mat Sabu cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Kami tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda. Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya,” katanya.
Mat Sabu semalam menafikan beliau berlakon dan berkata skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.
[Baca berita penuh]
Baca dan nilai cerita bohong atau putar belit ini pula?
Polis hari ini mengakui kemungkinan meriam air dipancutkan ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.
Namun sasaran polis adalah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard polis,” kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.
"Perkara itu masih dalam siasatan. Namun polis tidak menafikan kemungkinan itu (pancutan meriam air dan gas pemedih mata memasiki kawasan hospital),” katanya pada sidang akhbar petang ini.
Dalam mempertahankan tindakan polis, Salleh berulangkali berkata dalam banyak kejadian peserta BERSIH 2.0 yang memprovokasikan anggotanya supaya menangkap mereka.
Sebelum sidang akhbar bermula, tayangan video juga dipertontonkan kepada wartawan bagi membuktikan polis mematuhi peraturan dan “layanan baik” mereka kepada hampir 1,700 orang yang ditangkap pada perhimpunan 9 Julai itu.
Semua klip video yang ditayangkan itu menunjukkan tindakan polis ke atas peserta BERSIH 2.0.
Bagaimanapun tidak ada klip video mengenai layanan polis terhadap anggota Pemuda Umno yang juga berhimpun bagi menentang BERSIH 2,0 pada hari berkenaan.malaysiakini
4 comments:
MAT SABU TIPU RAKYAT. KATA PEJUANG YANG SANGGUP DERITA BERSAMA RAKYAT TAPI DAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL SWASTA YANG MEWAH !
HE!HE!HE!
hospital kerajaan nanti doktor kena ugut dek umporno tipu laporan perubatan mcm yg berlaku utk kes saifool
Si Luncai - Mat Sabu ada duit, biarlah dia nk hospital kerjaan or swasta...hak dia.. tu pun nk kecoh...
sduhai si luncai/luncau?
awat hang ni bangsat sangat? mat sabu vvip PAS.kalau pemimpin tak terima rawatan terbaik terbaik itu hmpes namanya. aku boleh sponsor belanja rawatan mat sabu. setakat 50k-100k- aduhai aku ni millionair beb. jangan jadi haprakk
Post a Comment