KUALA LUMPUR, 3 Julai: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya kemaruk untuk menawan Kelantan yang diperintah oleh PAS sejak 21 tahun yang lalu.
Ketika berucap di Machang, Najib yang juga Presiden Umno dengan penuh semangat meminta rakyat Kelantan perlu berubah untuk memilih BN dalam pilihan raya akan datang.
Beliau juga berjanji untuk mendirikan stadium baru jika BN berjaya menawan Kelantan dengan memperlekehkan scoreboard stadium yang masih menggunakan manual, kerana tidak kemampuan pemimpin PAS.
“Sebelum beliau hendak menawan Kelantan, tolong perhati dulu negeri-negeri yang Umno perintah termasuk negeri Pahang,” kata Idris kepada Harakahdaily.
Katanya, Kelantan walaupun diperintah oleh PAS tidaklah sampai mengemis untuk membayar gaji kakitangan dan melaksanakan negeri berkebajikan seperti skim kifalah, bantuan makanan kepada orang miskin dan terbaru bantuan perkahwinan.
Belau berkata, jika Umno menawan Kelantan semua skim itu akan dikuburkan, seperti di Terengganu.
“PAS menghapuskan cukai pintu kediaman, selepas Umno menang cukai pintu dikenakan kembali,” ujarnya.
Menurutnya, dalam keadaan Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak dan hak pendaratan minyak Kelantan terus membangun dengan pesat dari segi spiritual dan material.
“Maklumlah negeri Kelantan seolah-olah berada di planet lain, sehingga hak mendarat minyak dinaikkan ke Songkla Siam yang jauh 270 kilometer, berbanding dengan Kelantan hanya 150 kilometer sahaja.
“Inilah demokrasi ala 1Malaysia,” katanya lagi.
Baginya, walaupun scoreboard di stadium Kelantan menggunakan manual, stadium tidak runtuh.
“Kita bimbang jika stadium yang Datuk Seri Najib hendak bina, runtuh pula seperti stadium Terengganu yang berharga RM291 juta.
“Ia hanya sempat ‘bernyawa’ setahun sahaja, seolah-olah binaan stadium diikat dengan tali pisang,” ujarnya.
1 comment:
Kalau buat stadium baru pun rakyat dpt ape??? yg betul2 untung kontraktor umporno jugak, lagi pun stadium la ni bkn tahan pun mcm stadium merdeka/negara takut mcm stadium ganukite tahan 2 3 tahun aje runtuh.... Rakyat mahu harga minyak turun nanti automatik harga barang2 pun turunlah peem hoi. 'simple economy' pun tak reti ke ????
Post a Comment