Thursday, July 21, 2011

Video : Polis suka berbohong, kenderaan polis bukan hanya pajero

Polis bohong, saya dirempuh Proton Waja, bukan Pajero- Mat Sabu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgU-m6tlAz7rtNpCCNDmx1AIIE5t8NM1WFMMKwbh3Bziif2RI4Q0-zp6UHF1HPYK5OEyFW4qVFoZxVBfevNsCJvRPJ-6Xb7dqrk0g69sCb-nCQQqiNJK-5FYs8NJyEKNDQxggaQt0qauH4/s320/matsabu7.jpgTimbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menggesa pihak polis menarik semula kenyataan bahawa beliau membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan polis pada 9 Julai lalu, atau berdepan tindakan saman.

Ketika dihubungi Keadilandaily, Mohamad berkata beliau dirempuh kereta Proton Waja polis, dan bukan kenderaan Pajero seperti yang didakwa pasukan keselamatan itu.

Katanya, perkara itu turut dinyatakan dalam laporan polis yang dibuat beliau pada 14 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

“Saya minta tarik balik pembohongan, kalau tidak kita akan saman polis dan Datuk Salleh Mat Rashid (Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman) kerana melakukan fitnah,” katanya kepada Keadilandaily.

Berdasarkan rakaman CCTV yang ditayangkan polis, katanya, rakaman itu juga menunjukkan sebuah kereta Proton Waja mengekori Pajero terbabit ketika sedang mengejar motosikal yang diboncengnya ketika itu.

“Dalam video polis, yang tidak ditunjuk adalah kereta Waja yang di belakang kereta Pajero yang melanggar motosikal itu,”

“Kereta Waja yang cross itu (yang melanggar),” kata beliau.

Ketika ditanya laporan media 11 Julai lalu yang mengatakan beliau dilanggar Pajero polis, Mat Sabu berkata terdapat berbagai pandangan pada masa itu.

” Tetapi selepas bertanya kepada penunggang saya, kereta Waja itu yang melanggar,” katanya.

Polis semalam dilapor tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan ke atas Mat Sabu kerana didakwa membuat tuduhan palsu bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dinaikinya.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman,Datuk Salleh Mat Rashid, berkata dakwaan itu tidak mempunyai kebenaran. Malah polis juga tampil dengan rakaman CCTV menunjukkan Mat Sabu terjatuh dari kenderaan selepas terlanggar ‘fender’ Pajero.

Namun, rakaman CCTV itu juga menunjukkan sebuah proton Waja mengekori rapat di belakang Pajero berkenaan, sebelum dikatakan merempuh motosikal dinaiki Mat Sabu.

Pada masa itu motosikal yang diboncengnya, sudah terbabas ke tengah jalan ketika Pajero itu melepasi mereka.

Namun bahagian rakaman di mana Proton Waja itu dikatakan melanggar Mohamad, tidak ditunjukkan oleh pihak polis.

Polis memang suka berbohong - Mat Sabu

SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau.


Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.

Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.

Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.

Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.

Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan.

"Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong."tambahnya.

4 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

syabas PAS kerana menghumbankan segala kebenaran setelah berpegang kepada `Matlamat menghalalkan cara'

Anonymous said...

VIDEO TU BUKAN CCTV.

MANA ADA CCTV SAMA PARAS DENGAN

KENDERAAN .

SUDUT LENSA VIDEO MEMBUKTIKAN

KEDUDUKAN KAMERA.

Anonymous said...

tungkaran pencacai umporno buat komen seolah2 umporno putih bersih

Anonymous said...

Kalau kita tanya Tun M dlm kes ini jwpnya, mat sabu langgar diri dia sendiri, khalid samad cederakan kepala di sendiri, arwah tu patahkan rusuknya sendiri. Mereka berbuat demikian untuk mendapat simpati rakyat sama mcm DSAI dulu lah tumbuk matanya sendiri....masa tu KDN di bawah sape? Tun M kan, polis belajar dari Tun M lah tu...... Habis melayu dibodohkan oleh penguasa melayu jugak....