Baru kena gempar sikit saja dah tukar kenyataan pulak..hahaha
Woit Mat Ezam..aku tahu mana asal usulmu..hahaha
Kata pepatah Melayu..berani buat berani tanggung, pi mana pulak hang punya keberanian..hahaha..takkanlah kena gempar dengan repot polis dah jadi kot lain pulak ..hahaha
Macam ni ke nak nak jadi hero Melayu..orang kampong kata ‘teloq naik ke dahi’ ..hahaha..konon nak bakar pejabat Malaysiakini dan Malaysian insider…awat..hang lupa bawak pemetik api ke?..hahaha
Macam ni kalu hang punya gelaran’Senator’ kira makan gaji buta laa kot..hahaha (patut laa depa panggil Senatak).PKB
Ezam: ‘saya tak maksud bakar betul ‘tapi simbolik..
Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, “tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam” berhubung isu murtad.
Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk ”membakar“ Malaysiakini danThe Malaysian Insider kerana mereka telah “membakar” hati umat Islam mengenai isu murtad.
Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat.
Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan “perang habis-habisan” ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai “ejen” kepada “pengkhianat Islam”.
Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.
“Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka — Malaysiakini, Malaysian Insider — yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.
“Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda,” katanya lagi di perhimpunan itu.
mKini
Nota: jangan banyak makan telor masin waktu sahur, kot nanti kena darah tinggi pulak.
No comments:
Post a Comment