Monday, August 8, 2011

ANALISIS: Agihan zakat menampar regim UMNO APCO yang tidur kekenyangan



Tajuk di atas, maaf, bunyinya agak kasar, tetapi setelah umat Islam dihina oleh penganut agama lain susulan daripada terbongkarnya isu serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu lalu, ada baiknya kini kita, mahu tidak mahu, terpaksa menghala empat jari lain ke muka sendiri, betapa lemahnya sistem pengagihan zakat masa kini.

Walaupun jumlah kutipan zakat meningkat saban tahun kerana semakin ramai umat Islam mampu menunaikannya, tetapi yang menjadi persoalan, mengapa penerima zakat yang layak saban tahun juga meningkat?


Kebanyakkan pengurus dana zakat seperti Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ), tertinggi dalam jumlah kutipan di Malaysia, hanya gah gegak gempita mengeluarkan promosi di radio dan media cetak menyeru umat Islam supaya menunaikan zakat kerana ia salah satu dari Rukun Islam yang lima.


Akan tetapi, mengapa setelah jumlah pungutan zakat yang dianggarkan berjumlah RM275.64 juta di Wilayah Persekutuan sahaja (
klik untuk pautan), masih belum luak juga??

Adakah pengurusan zakat di Wilayah Persekutuan "memberanakkan" lagi wang pembayar zakat dengan cara dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap (fixed deposit) selama tiga bulan dan "hasilnya" dikeluarkan untuk tujuan peribadi, seperti mana yang dilakukan sesetengah Bendahari di universiti menggunakan wang pelajar menggunakan kaedah yang sama??

Kenyataan bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin yang menempelak pengurusan zakat yang tidak turun padang mencari asnaf atau penerima layak seharusnya mengejutkan penguasa zakat yang sedang "tidur" di saat maruah umat Islam diinjak-injak dengan pemberian bantuan oleh pihak lain terutamanya Kristian yang mahu menghancurkan akidah umat Islam itu sendiri.


Belum lagi cerita tentang penyelewengan dalam institusi itu sendiri, seperti menggunakan harta zakat untuk tujuan peribadi, penerima zakat bukan dari golongan yang lapan yang disebutkan dalam Al Quran, politik dalaman hingga menyebabkan penerima sasar tidak mendapat bantuan dan sebagainya.


Lihat kenyataan Jamil Khir sendiri ketika mengumumkan keputusan pendapatan zakat di Wilayah Persekutan untuk tahun 2010 pada 6 Januari tahun ini:


Pada tahun lalu, Pusat Pungutan Zakat MAIWP (PPZ-MAIWP) telah berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM275,635.424.93 daripada 89,110 orang pembayar. Ianya meningkat sebanyak 14% berbanding tahun 2009 di mana kutipan pada tahun tersebut adalah sebanyak RM241,966,660.02. Bilangan pembayar zakat juga meningkat dari 13% berbanding 2009 seramai 78,820 pembayar.


Perkara tersebut telah diumumkan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP di Sidang Media PPZ Bagi Prestasi Kutipan Zakat 2010 yang diadakan pada 6 Januari 2011 di Wisma PPZ, Dataran Shamelin, Kuala Lumpur.



Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama di peringkat persekutuan semestinya tidak boleh menutup mata dan memekakkan telinga bagaimana penerima bantuan di kalangan umat Islam terpaksa meminta belas ihsan rumah ibadat bukan Islam sesudah segala usaha dan karenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan dari pusat zakat ibarat mencurah air ke daun keladi saja.


Tetapi, masalahnya Jamil Khir sendiri turut terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan wang zakat RM32 ribu seperti yang didedahkan pada Jun lalu (gambar kanan).

Jamil dikatakan membayar jumlah yang dimaksudkan untuk tujuan membayar yuran guaman untuk dirinya dan Ketua Pengarah JAWI, Che Mat Che Ali.

Nah, jika sebegini manusia yang telah diamanahkan untuk menguruskan wang zakat, bagaimana kita mahu mempercayai mereka untuk mengagihkan bantuan zakat kepada orang miskin??


Gaji menteri dan ketua pengarah puluhan ribu, tetapi masih menggunakan wang zakat yang bukan hak mereka untuk tujuan peribadi semata-mata.


Sesungguhnya, walaupun sedikit tercalar maruah kita sebagai umat Islam dengan kejadian serbuan gereja tempoh hari, ia sebenarnya membuka pekung busuk Umno-APCO yang sudah lebih 53 tahun memerintah tetapi dari segi pengurusan zakat, lebih teruk dari Yahudi merampas harta rakyat Palestin!


Mengapa saya berkata sedemikian??


Kerana rejim haram Israel menjajah sepenuhnya Palestin pada 1967, lebih kurang 44 tahun sedangkan rejim Umno-APCO sudah mula melanyak harta umat Islam sejak bermulanya Malayan Union!


Jangan sampai nanti, selepas pilihanraya umum akan datang, kesemua penerima bantuan zakat hanya terdiri daripada nama nama seperti Mismah dari Sulawesi, Rita dari Palembang, Saifuddin dari Jawa Tengah dan sebagainya, kerana penyelewengan zakat, hanya mereka saja yang dibantu kerana bakal memangkah Umno-APCO dan Barisan najis, sedangkan rakyat tempatan yang lebih berhak hanya melihat dengan linangan air mata tanda satu lagi harta umat Islam digadaikan kerana pemikiran sempit politik yang dibawa Umno-APCO.


Wahai umat Islam di Malaysia, mahukah anda melihat perkara sebegini terjadi di depan mata anda??


Lu pikir la sendiri.


JALAN PULANG



Pengurusan wang zakat perlu direformasikan bagi mengelakkan rakyat hilang keyakinan terhadap institusi itu, kata Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoalkan ke mana mengalirnya wang zakat di negara ini.


“Zakat perlulah disalurkan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan.


Ini tidak, kadang-kadang orang yang tak sepatutnya terima duit ini.


“Jangankan sampai satu peringkat, rakyat hilang keyakinan dengan sistem zakat sehingga sanggup turun untuk menyampaikan wang mereka ke tangan orang miskin sendiri,” katanya.


Mengulas lanjut, Ahmad Kassim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah berkata, wang zakat yang melibatkan jumlah besar sepatutnya dipantau dan disalurkan dengan betul.


“Wang zakat perlulah digunakan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan pembahagiannya perlu dibuat dengan kebijaksanaan,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.


Menyokong kenyataan tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata pentadbiran wang zakat tidak diurus dengan telus dan bijak terutama di peringkat Kerajaan Persekutuan.


“Wang zakat yang sepatutnya menolong untuk menyelesaikan masalah kemiskinan melarat di kalangan umat Islam kini hanya tertumpu pada musim perayaan saja,” katanya.


Menurutnya, pentadbiran wang zakat terbukti tidak telus apabila terdapat dakwaan ia digunakan untuk membiayai kos guaman pegawai tinggi kerajaan.


Sebelum ini, pengurusan dan pengagihan wang zakat seringkali dipersoalkan banyak pihak apabila terdapat kes umat Islam yang layak menerimanya, tidak memperoleh bantuan berkenaan.


Pada Jun lalu, KEADILAN tampil mendedahkan penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.


Jumlah itu dikatakan dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.


Manakala penghujung April lalu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar mendakwa penyelewengan wang zakat di Melaka berpunca akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah.JP

4 comments:

Are-yie said...

huhuhuhu...Tidak paham kita terang... sebenarnya tiada kene mengena dgn politik seperti diyatakan...tp takpa... Jbatan (bawah menteri besar), Majlis agama (bwh sultan)..PPZ wilayah(swasta) tiada agihan, duit agihan terus disalurkan ke Baitumal(kerajaan negeri)... LZS ada kedua-dua (kutipan dan agihan)... LZS satu-satunya swasta (ank sykt mais) yg ada dua dua nya.... zakat semua negeri bawah baitulmal (kerajaan negeri bukan swasta)(tak caya tanyer tuan guru selaku menteri besar)..

ttg agihan bak kata blog tersebut(jenis tak nk amik tau pasal agihan setiap negeri) setiap negeri mempunyai cara dan kaedah pengagihan memasing dgn Ilmu agama mereka yg ada... seperti solat ada negeri subuh lain cara... ttg zakat dlm quran & hadis byk menceritakan, ttp cara dan kaedah bergantung kesuaian zaman (saban tahun bercanggah pendapat)(hal Furu`sentiasa diperdebat)

kenapa satu negeri dan satu gereja sahaja yg buat dlm satu M'sia...bermakna yg lain tiada konflik dgn gereja yg paling hebat di sabah serawak... walan tardho anka yahudu walan nasoro hatta tatabi`u millatahom...tidak akan redho akan yahudi dan nasroni sehgga ikut agama mereka...pernah tak kita tahu siapa penerima zakat (at taubah:60) tiada ibu tunggal dan anak yatim disebut..

pernah tak kita tahu jika tiada fakir dan miskin akan pincang lah dunia, sehinggakan zaman sahabat carik siapa lagi ingin menerima zakat pd waktu itu... dan jgn risau Fakir dan miskin tidak akan hilang didunia sentiasa ada dan ada.... cuma Ilmu agama dan aqidah mereka perlu dibimbing, sbb mereka terlalu ketandusan Ilmu dan harta.

sbbkan Ilmu mereka miskin, miskin harta, miskin jiwa... fakir lebih hampir dgn kufur....harta jika diberi akan habis, ilmu jika diberi berguna sepanjang hayat.

andai katalah empunya blog itu tidak percaya akan Institusi zakat atau tiada inst.zakat... bagai mana kah ia ingin selesaikan agihan/pemberian pd golongan yg betui dan tepat dan berterusan dan bukan sahaja bantuan raya sahaja.....setiap bulan perlu dibantu atas 6 perkara: makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan tmpt tinggal.... agak agak boleh tak empunya blog tu selesai kan pemintaan fakir miskin itu setiap bulan???dgn wang zakatnya setakat RM100 sebulan..

dan disebabkan 15org yg dtg DUMC, semua umat Islam meloncat terkejut, dan cepat menunding jari.... bagaimana usaha kita sbgai Khalifah yg dilantik menyelamatkan Aqidah mereka... kita pon tidak tahu latar belakang 15 org ini... samaada kaya atau betui miskin....atau penjual Agama.

ibnu norshah said...

pandangan azhari adalah baik..kite jgn terlalu menurut tingakh politikus..takut2 kelak kite menikus

Anonymous said...

ARE-KEY >

salam saudara,alangkah terkejut dan tergamam seketika pabilamana membaca coretan saudara,ini kerana gambaran keseluruhan yang saudara berikan mengenai instiusi zakat khususnya PPZ dan LZS hanya lah dilihat kearah cuba mencacatkan usaha dakwah yang dilakukan oleh mereka terhadap masyarakat mengenai kesedaran berzakat diatas dasar isu yang kita sendiri belom sahih kebenarannya,secara kasarnya kapal yg terbang di angkasa itu kelihatannya kecil dan perlahan,akan tetapi sedarlah,sebenarnya ianya adalah besar dan laju jika kita menilai dengan akal tuhan bagi.jika dilihat era zaman 80 dan 90 an dahuku kita hanya dikenalkan dengan zakat fitrah semata2 tanpa dakwah khusus mengenai zakat harta wajib yg lain,akan tetapi pabilamana institusi zakat bangun dan berkembang menyebarkan dakwah zakat,maka kita lihat makin ramai masyarakat diluar sana yg sedar akan kewajipam berzakat,ini adalah kerana sebahagian usaha dari pihak berwajib untuk memperkenalkan dakwah zakat kepada masyarakat,akan tetapi coretan dan bidikan saudara terus tepat mencalarkan imej dakwah mereka,bagaimana kah rasanya jika masyarakat islam diluar sana terbaca entri saudra ini dan mereka hilang keyakinan didalam berzakat,maka saudara telah bersama menggagalkan kewajipan dan telah melunturkan kepercayaan ummat diluar sana untuk beribadat(berzaka),dan saudara seolah telah mengundang balak allah dengan menyuburkan benih fitnah dan perasan syak dan zon sesama islam.jgn kita melulu meroboh tembok usang jika belom pasti gunanya,kerana kelak badan sengsara.DAN persoalan mudah,adakah saudara yakin dengan kenyataan saudara sedangkan saudara tidak tahu satu pon perihal mengenai pengurusan dan agihan zakat yg termaktub dalam kitab allah al-quran,atau saudara sendiri dari golongan yang hanya mebayar zakat fitrah setahun sekali,syabas saya ucapkan,belom terlewat untuk mendelete entri dan fitnah sudara ini...

Anonymous said...

Wahai saudara2 islam ku, mulai hari ini jika saudara2 ingin membayar zakat bayarlah/agihlah terus kpd asnaf2 yg hampir dgn persekitaran, kampung,daerah atau pun mukim kita. cara begini lebih baik, krn instituit zakat terlalu byk biokrasi utk agihan kpd asnaf2 yg sepatutnya. kadang2 kasihan melihat kemiskinan mrk, tak salahkan mrk utk menerima bantuan gereja/NGOs krn terdesak angkara org islam jugak.. betul kata2/komen Are-yie tu.. fikirkan lah saudara islam ku....