Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair hari ini menegaskan sekali lagi beliau menolak penemuan DNA sperma dalam rektum pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hampir 90 jam selepas ia dibawa ke makmal.
Sankara membuat kenyataan itu sewaktu membidas hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden yang memetik kertas kajian daripada United Kingdom yang diterbitkan hampir 30 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1982.
Yusof memetik kajian itu dalam soal balasnya terhadap saksi pembelaan, pakar patologi forensik dari Australia, Dr David Wells pagi tadi.
Ketua pendakwaraya itu mendakwa kajian itu mendapati DNA sperma boleh ditemui dalam rektum manusia selepas hampir 65 jam air mani dilepaskan ke dalam rektum.
Sankara yang mengulangi kembali kenyataan Pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells di dalam mahkamah, berkata eksperimen yang dirujuk Yusof itu dilakukan dalam keadaan terkawal.
Malah, penemuan yang sama tidak lagi berlaku kerana Dr Wells sendiri sepanjang profesionnya tidak berjaya menemui sebarang sperma selepas lebih 48 jam ia dikeluarkan.
“Ada satu eksperimen dalam makmal yang dijalankan dalam keadaan terkawal. Mereka menemui sperma selepas 65 jam sperma berada di dalam rektum.“
Namun, selepas eksperimen itu, tiada lagi sebarang penemuan yang mengesahkan perkara itu.
“Satu kes sahaja, tidak mewakili semua kes.“Itu pun dalam eksperimen terkawal,” kata Sankara.
Menurut Sankara, ia berbeza dengan keterangan Saiful yang mendakwa dirinya diliwat dan pada masa yang sama melakukan pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan kualiti sperma yang didakwa berada di dalam rektumnya merosot.
Malah, DNA sperma dari tubuh Saiful juga hanya dianalisa di makmal lebih daripada 90 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku.
“Di sini kejadian liwat didakwa berlaku. Dan sperma ditemui 90 jam selepas kejadian didakwa berlaku?! Tidak mungkin.“Tetapi di sini pendakwa raya mendakwa menemui sampel sperma yang bagus (dalam dubur Saiful),” kata Sankara.
No comments:
Post a Comment