Saturday, August 6, 2011

Kisah peneroka Felda berhutang RM 95 ribu setelah 8 tahun ladangnya ditanam semula oleh Felda

Oleh Suhaimi Said

http://www.ktaktelecentre.my/Jeram/images/pertanian2.jpgSetelah saya melihat penyata hutang yang diberikan oleh Felda kepada Razali (bukan nama sebenar) bahawa beliau terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00, saya menentukan sikap yang serius bahawa Felda telah memperjudikan peneroka-peneroka Felda dengan hutang yang besar.

Saya tidak yakin dan diatas apa alasan sekali pun saya tidak yakin bahawa peneroka tersebut terhutang begitu banyak.

Ketidakyakinan saya ini berlandaskan kepada pendapatan yang diperolehi seorang peneroka lain yang tidak menyerahkan ladangnya kepada Felda tetapi menguruskannya sendiri.

Setelah 3 tahun selepas ditanam, peneroka yang menanam sendiri itu boleh mendapat tidak kurang dari RM2000.00 permulaan, dan apabila pokok sawitnya menjadi lebih matang, pendapatannya meningkat dari masa ke masa, apatah lagi apabila harga sawit meningkat tinggi.

Peneroka bersendirian itu boleh mencecah pendapatannya hingga melebihi RM8000.00 sebulan. Dan beliau tidak menanggung sebarang hutang.

Saya membuat kira-kira pendapatan peneroka bersendirian itu setelah ladang sawitnya mengeluarkan hasil. Inilah kira-kira yang saya perolehi:

1. Ditahun pertama setelah sawitnya mengeluarkan hasil, saya hanya letakkan pendapatanya sebanyak RM1500.00 sebulan, maka RM1500.00 x 12 = RM18,000.00 setahun.

2. Pendapatan seterusnya saya letakkan minimum RM2000.00 ditahun kedua, RM3000.00 ditahun ketiga, RM4000.00 ditahun ke-4 dan RM5000.00 ditahun kelima. Kiraan ini adalah diatas pendapatan paling minima kerana peneroka itu mempunyai pendapatan yang jauh lebih tinggi dari itu. Mari kita buat kira-kira:

(a) RM2000.00 x 12 = RM24,000.00
(b) RM3000.00 x 12 = RM36,000.00
(c) RM4000.00 x 12 = RM48,000.00
(d) RM5000.00 x 12 = RM60,000.00

Apabila dihetungkan pendapatannya untuk 5 tahun setelah sawitnya mengeluarkan hasil adalah sebanyak RM246,000.00.

Manakala Razali dikenakan hutang oleh Felda sebanyak RM95,000.00 (termasuk pinjaman elaun sara hidup yang dikira hutang dari sejak melakukan tanam semula hingga 5 tahun setelah ladang sawitnya mengeluarkan hasil).

Sepatutnya Razali boleh berpendapatan sebanyak RM246,000.00 tetapi sebaliknya dia berhutang sebanyak RM95,000.00. Ini bererti bahawa Felda terhutang dengan Razali sebanyak RM151,000.00.

Tetapi hutang Razali telah dimanipulasi oleh Felda dan kerana itu Razali pula yang terhutang dengan Felda sebanyak RM95,000.00.

Saya dengan ikhlas meminta peneroka-peneroka supaya menuntut kunci kira-kira dari tarikh ladang mereka ditebang untuk tanam semula. Setiap kos diambil kira sehinggalah ladang mereka mengeluarkan hasil.

Kemudian, selepas tahun ke tiga iaitu selepas ladang mereka mengeluarkan hasil, dilengkapkan dengan kunci kira-kira yang telus. Berapakan pendapatan bulanan mereka dan berapa pula kos yang ditanggung oleh Felda.

Dengan kunci kira-kira yang bersih dan telus ini akan dapat menentukan Jumlah Pendapatan Peneroka dan Jumlah Kos Yang Ditanggung Oleh Felda.

Saya letakkan pendapatan diatas itu sebagai pendapatan minima para peneroka dan pendapatan itu sebenarnya adalah jauh lebih tinggi lagi.

Justeru itu, peneroka-peneroka perlu menuntut supaya dikeluarkan oleh Felda KUNCI KIRA-KIRA mereka dan menuntut kembali dari Felda jumlah pendapatan yang dilelapkan oleh Felda.

FELDA BERHUTANG DENGAN SETIAP PENEROKA BERATUS RIBU RINGGIT DAN BUKAN PENEROKA YANG BERHUTANG DENGAN FELDA.

No comments: