'PAS pembunuh pejuang Islam Sebenarnya' begitulah tajuk dari blog UMNO Kedah Taims. Isinya menggambarkan seolah-olah PAS sokong majlis 'berbuka puasa di gereja' tersebut diadakan dan bantah tindakan JAIS dan Datuk Dr. Hassan Ali. Walhal dakwaan itu fitnah semata-mata.
Apa yang dilakukan oleh PAS ialah minta Dr. Hassan, JAIS dan pihak gereja bagi penjelasan. Lepas dapat penjelasan semua pihak terbabit, tahu hujung pangkal, baru boleh keluar kenyataan. Sebab kalau silap buat kenyataan.. UMNO dan media pecacai merekalah yang pertama sekali akan manipulate.
Kononnya Harun Din yang berpegang kepada kebenaran sedang diketepikan begitu saja. Waktu isu 'buka posa kat gereja ni' berlaku, Harun Din terlantar kat IJN, takdak peluang beliau nak ulas apa-apa. Bila masa pulak PAS ketepikan pandangannya? Dalam parti pun PAS tak pernah ketepikan Harun Din, dia masih kekal Mursyidul Am PAS. Dia tak ditolak dalam pemilihan parti sebab dia tak bertanding apa-apa pun.
Kononnya lagi Nasarudin Md Isa hilang jawatan Timbalan Presiden kerana pegangan beliau terhadap perpaduan. Beliau dikalahkan oleh seorang yang SPM nya pun gagal.
Itu ulasan bila Ustaz Nasha kalah, waktu Mat Sabu kalah dengan Ustaz Nasha dulu depa kata, PAS tak hormati orang lama parti yang terbukti kental keluar masuk ISA sedangkan Nasharudddin Md Isa hanya 'payung terjun' yang diambil oleh Fadzil Noor... lidah jenis apa puak2 ni (tak kata lebih2 posa). Nak habag bagi Kedah taims, Mat Sabu bukan takat tak lulus SPM tapi SRP pun gagal, dia masuk ITM tahun 70an dulu pakai sijil darjah enam sebelum Perang Jepun..
Kata Kedah Times, kita semua tahu DAP dan PKR memang sentiasa pertahankan apa saja yang boleh menjatuhkan Islam, tetapi sekarang PAS yang dahulunya begitu keras jika menyentuh isu Islam, telah bertukar rentak.
Bila PAS tukaq rentaknya? Ada apa-apa ulasan rasmi dari PAS ka?? Ini yang dikatakan 'jahat mulut'... atau jahat tangan (sebab pakai keyboard).
Tulis Kedah Times lagi, menyedihkan apabila tiada siapa dibenarkan bercakap soal ini padahal mereka begitu kuat melaungkan isu kebebasan bersuara. Dan Hassan Ali tidak diberi peluang untuk menerangkan perkara sebenarnya.
Sapa kata? Kelmarin.. dari pagi sampai petang kelmarin Dr. Hassan bagi penjelasan dekat PAS Pusat, tak bagi peluang apa lagi??
Cukuplah Kedah Taims, hormatilah bulan posa.. hentikan kerja putag pusin, kot habis Ramadhan posa hangpa kosonggg..
Baca jawapan fitnah ini pula....
Fitnah lagi... Kuota keluasan balak tetap 2,340 hektar setahun
Sambil dok tunggu buka posa.. TS belek tengok blog2 UMNO cari menatang apa pulak depa nak fitnah. Bila buka Kedah Taims jumpalah ulasan berikut:
Kalau dulu balak hanya diberi ditempat-tempat terpilih supaya hutan tidak tercemar dan sebagainya, kini kita lihat dimana-mana saja balak ditebang. Memang pendapatan meningkat kerana keluasan penebangan bertambah, bukannya ketelusan bertambah.
Tersenyum TS... Bukan sebab syok dengaq fitnah UMNO, tapi mudahnya cari bahan fitnah dalam blog UMNO. Ibarat nak cari pokok dalam hutan.. Pi tang mana pun jumpa.
Untuk maklumat Kedah Taims, kuota balak sejak zaman BN dulu sampai PAS la ni, keluasan yang dibenarkan TIDAK LEBIH DARI 2340 Hektar setahun. Semua keluasan tu Jabatan Hutan pi sukat dalam hutan bukan buleh kecoh @ tipu.. Kecualilah kakitangan kerajaan Pusat bawah kerajaan BN tu metekadarah rasuah. Takdak bukti, kita tak mau tuduh.
Macam mana pun kelulusan yang dibuat pada tahun tertentu, tak semesti depa tebang pada tahun tersebut. Kalau tengok lori balak dok keluag pi mai tu buleh jadi pengusaha keluaq serentak masa yang sama. Paham??!!
Kalau dah paham jom kita pi buka posa. Selamat berbuka..Kedah La
2 comments:
HE!HE!HE!
HARI INI PAS TELAH SECARA RASMI MOHON MAAF KEPADA GEREJA.
MAKNANYA SELEPAS INI GEREJA USAH BIMBANG, KRISTIANKANLAH SERAMAI MANA ORANG ISLAM . TAK PA, PAS ADA...
Luncai, beribu orang murtad disebabkan UMNO yang perintah negara. Tak payah dok alih isu, PAS tidak ada kuasa, yg ada kuasa UMNO selama lebih 50 tahun
Post a Comment