Friday, August 19, 2011

Pemuda PAS Parit Buntar teruskan aktiviti jelajah kebajikan

PARIT BUNTAR , 17 Ogos : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar dan Unit Amal meneruskan program jelajah Kebajikan bantuan Ramadhan yang merupakan aktiviti tradisi yang dijalankan setiap kali bulan Ramadhan.

Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Muhyidin Ibrahim berkata, program kali ini digabungkan dengan aktiviti Iftar, solat tarawikh berjamaah dan Usrah.

" Program ini disertai oleh kira-kira 20 orang pemuda PAS kawasan dan Unit Amal yang dimulai dengan solat asar secara berjamaah.

" Sebanyak 10 penerima yang layak telah dipilih untuk diberikan bantuan beras dan barangan dapur" katanya

Muhyiddin berkata, program yang di jalankan ini di rancang dalam agenda pemuda mendekati masyarakat dan merasai sendiri denyut nadi kesusahan rakyat di kawasan Parit Buntar khususnya.

" Program turun padang merangkumi Pekan Titi Serong, Parit Lebai Akhir, Sungai Betul Atas, Kampung Nelayan dan Batu Lima.

" Di antara mereka merupakan pesakit angin ahmar, pesakit kanser, ibu tunggal dan fakir miskin"katanya

Tambahnya, program jelajah kebajikan ini diadakan bagi menghayati konsep Ramadhan khususnya dalam aspek kebajikan.

" Pemuda amat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang susah di Parit Buntar.

" Kami cuba mendekati dan mendengar masalah mereka disamping menghulurkan bantuan" katanya










No comments: