Monday, August 29, 2011

Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar bersama pihak swasta santuni orang miskin

PARIT BUNTAR, 29 Ogos : Ramadhan Al Mubarak bukan sahaja bulan untuk berpuasa tetapi ianya juga adalah bulan untuk berkasih sayang sesama insan.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian sumbangan anjuran bersama Syarikat Jauhar Enterprise dan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

“ Kewajipan mengeluarkan zakat fitrah dan galakan bersedekah serta menyantuni orang miskin dan anak-anak yatim adalah ibadat kemasyarakatan yang tinggi nilainya.

“ Semoga khidmat bakti mereka yang menyumbang diberkati oleh Allah dan akan berusaha lebih gigih lagi untuk membantu masyarakat yang memerlukannya secara berterusan” katanya

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad mengucapkan terima kasih kepada Syarikat Jauhar Enterprise yang bekerjasama memberi sumbangan kepada penduduk di Parit Buntar.

“ Seramai 46 keluarga dari beberapa kampung telah dipilih menerima sumbangan berupa barangan keperluan.

“Sumbangan yang diberikan sungguh bererti bagi mengurangkan sedikit bebanan mereka di bulan Ramadhan ini.

Hamdan berkata, majlis berkenaan mendapat kerjasama wakil penduduk yang membantu menjejaki keluarga yang perlu diberi bantuan.

“ Majlis ini telah memberi peluang kepada kita menyedari bahawa di sekitar kita ini masih ramai lagi insan yang dhaif yang memerlukan bantuan.

" Saya menyeru pihak swasta agar lebih ramai yang dapat bersama tampil menghulurkan bantuan kepada golongan fakir miskin “ katanya



Dr. Mujahid sedang menyampaikan sumbangan




Penerima sumbangan sedang mendengar ucapan

No comments: