Monday, August 29, 2011

SAH!!! Utusan BOHONG, Mat Sabu akan hantar notis SAMAN

KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

(Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini)

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.

"Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya.

Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu.

"Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad.

Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu.

Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.

Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam.

Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam.

Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Saya seolah sokong Komunis

"Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.

"Beberapa akhbar dan laman blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah.

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.

"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.

Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.

"Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini.

"Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi.

10 comments:

Anonymous said...

kalau benar saman la.....tapi apa yang jelas mat sabu mengatakan puak penyerang adalah hero manakala puak polis bukit kepong adalah tali barut british.semua tahu yg menyerang adalah komunis....jadi semua orang kampung yang datang membantu pihak polis adalah tali barut juga ya?

p/s: kalau betul komunis hero kenapa orang kampung tidak membantu komunis sebaliknya membantu pihak polis...fikir.

Anonymous said...

Lu Anon 00.38 memang bodoh lah. Tak baca sejarah ka. Lu tengok filem jin shamsudin aje.....bodohlah lu. Lain kali buat home work sikit.

Anonymous said...

ramai orang salah faham dengan maksud tali barut....orang yang digelar tali barut adalah orang yang menzalimi bangsa sendiri,adakah polis bukit kepong menzalimi bangsa mereka?? jika digelar tali barut atas dasar mereka bekerja dengan british....kenapa orang2 kini yang bekerja dengan syarikat2 british,membeli barang2 britsh tidak dianggap tali barut???

Anonymous said...

anon 00:38 memang keturunan anak haram, bodoh , anjing UMNO sepanjang zaman...

Anonymous said...

kepada anon 00:47. kalau nak tegur gunalah bahasa yang mencerminkn diri anda. jgan la memaki seseorang dengan panggilan yang tidak disukainya. adakah agama anda mengajar anda bercakap begitu???

p/s: memaki dan menghina orang islam adalah fasik manakala membunuh orang islam adalah kafir.

Hamdan Rukun said...

AKU DAH DENGAR RAKAMAN APA MAT SABU CAKAP. SAMANLAH.

HE!HE!HE!

Anonymous said...

Anon UMNO kata memaki dan menghina orang islam adalah fasik manakala membunuh orang islam adalah kafir.

Jadi puak umno yang maki dan hina ust ibrahim libya fasik

pemimpin umno yang arah bunuh ust ibrahim libya kafir

Anonymous said...

LUNCAI TAK PAYAH KOMEN LA KAT SINI, SEBAB MACAM TAK DA IDEA. BILA LUNCAI KOMEN NAMPAK SANGAT BODOHNYA

Anonymous said...

hukum tetap sama tanpa mengira kamu dipihak mana. jika kamu menyatakan tindakan umno terhadap ust ibrahim libya adalah fasik dan kufur kenapa hukum yang sama tidak dijatuhkan kepada mat indra dan komunis yang menyerang dan membunuh wanita2 islam,anak2 islam... kenapa kamu berkata tindakan mereka sebagai pejuang kemerdekaan..????jawab?

Anonymous said...

siapa yang menghukum wahai pencacai umporno. Bukankah pencacai Umporno yg buat fatwa.

Pencacai umporno dah pun jatuhkan hukuman kpd mat indera sama macam kes umno yang bunuh ust. ibrahim libya.

sendiri tanya , jawapan dah ko beri wahai pencacai umporno