Friday, September 2, 2011

Media baru gusarkan Umno-BN hadapi PRU13

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkIMcS9XEElpKU1eLNsKXOa0xAlYpl59E-bhjCZoiVs8jWRL8NhoOQnLC0qu3TVxGZldnwUtAVrCnxtgYLlsM47HkNqiO0n-NHU9_eWVCvcsVpwQ_QxmCfOc5WdrLoIG88Dc9c8jOvwJjU/s1600/internet.jpgKUALA LUMPUR: Monopoli media perdana telah dipecahkan oleh media baru dibuktikan apabila jualan akhbar merosot dengan teruk dan pengunjung media baru semakin meningkat dengan mendadak kata Ketua Pe nerangan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Noor.

Menurutnya, media perdana ditentukan agendanya oleh penguasa atau pemerintah, berbeza media baru menjadi alternatif yang digerakkan oleh pejuang rakyat yang mahu kebebasan bersuara.



Kebebasan bersuara ini, telah didekatkan ruangnya oleh kemajuan internet menyebabkan masyarakat ber alih kepada media baru, ujarnya.

“Orang melihat televisyen bukan lagi bagi mendapatkan maklumat sebaliknya sekadar untuk hiburan sahaja.

“Mungkin maklumat dari televisyen relevan di pendalaman tetapi tidak lagi di bandar atau pinggir bandar,” katanya dan ini menyebabkan media baru menjadi sumber bagi mendapatkan maklumat terkini.

Kata Ustaz Riduan, Malaysia antara negara terpantas menggunakan media baru dan internet menurut satu kajian antarabangsa pada 2010 akibat daripada kongkongan atau sekatan kerajaan terhadap media konvensional.

Dakwanya, maklumat yang disalurkan oleh media baru begitu berkesan sehingga mampu menumbangkan pemerintahan rejim seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia, dan mengurangkan majoriti pemerintah di beberapa negara lain seperti di Singapura.

Media alternatif ini begitu pantas sampai ke pintu rumah bagi menjawab isu, mengolah dan sebagainya, ujar beliau.

Katanya, media baru juga berjaya menarik pelbagai kelompok dan mereka mula mengeluarkan pelbagai suara hati berkenaan negara walaupun mereka ini bukanlah terlibat dengan politik.

Keadaan ini tambahnya, menyebabkan Umno-BN ter desak dan terpaksa mengubah cybertrooper dan menyediakan video klip bagi mengimbangi laporan yang ada.

“BN melalui blogger upahannya juga mula memburukkan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan dengan cara pecah dan perintah. “Media baru juga bolos kepada anak muda yang merupakan pengundi terbesar pada Pilihan Raya ke-13,” tegasnya.

Beliau mendakwa, media perdana juga telah hilang integriti dan prestasi yang baik apabila sentiasa menghidangkan maklumat yang dimanupulasi untuk kepen tingan Umno-BN.

Ruang demokrasi yang semakin disempitkan oleh pemerintah seperti tekanan hebat jaringan sivil dan kekangan bagi mengekalkan kuasa pemerintah menyebabkan rakyat mula beralih kepada media

No comments: