Wednesday, September 14, 2011

Muhyiddin tak perlu takut kalah berdebat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIH0gFm917Y1ql7N6wME6cjlozrjexLlfrfbEmdqkwAySd6Kzaem4aHg7qAI4GncxCjfQuJJCLRuxKgnWp6gBJODaO5cOKpLWSZ_0UI5rNY9vWp6t6-UcIzJDx1MkrY595rkacVZmrbDo/s400/tuan-ibrahim.pngSHAH ALAM - Penganjuran debat antara Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu adalah berbentuk ilmiah dan bersifat terbuka kepada rakyat.

Oleh demikian, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno tidak perlu takut memenuhi pelawaan debat berkenaan.

“Debat yang dicadangkan berbentuk ilmiah, dan bukan untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing.

“Tiada apa yang perlu ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat,” katanya, semalam.

Kelmarin, Muhyiddin menolak pelawaan berdebat sebaliknya mengatakan orang yang paling layak berdebat dengan Mohamad Sabu mengenai isu pejuang kemerdekaan adalah pakar sejarah.

Katanya, Pas tetap akur dan menghormati keputusan Muhyiddin itu walaupun mengecewakan banyak pihak, kerana sebelum ini beliaulah secara yakin menyuruh Mohamad bertaubat seolah-olah kenyataan Mohamad tidak benar.

“Rakyat mahu mendengar hujah daripada kepimpinan kedua-dua parti politik terutamanya setelah pemimpin dan media Umno begitu hebat mengkritik dan memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad.

“Sikap demikian tidak menggambarkan keberanian untuk mempertahankan hujah yang dikemukakan sebagaimana Pas yang menyatakan lapan pendirian tegas dalam isu kontroversi sejarah ini,” katanya.SH

No comments: