Mahathir makin gusar Najib tidak dapat mengemudi pilihanraya umum akan datang kerana terlalu banyak skandal yang membebankan Umno-APCO di samping Anwar Ibrahim masih belum dipenjarakan |
Dr Mahathir menjawab soalan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan ketika temu bual RTM di sini.
Bekas perdana menteri ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.
The Malaysian Insider ada membawa laporan sebelum ini bahawa kepimpinan Umno berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan sokongan ketua-ketua bahagian di sesetengah negeri khususnya berkaitan dengan soal calon.
“Saya merasakan bahawa jika ia diadakan lewat sedikit, OK.
Perlu ada masa bagi Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus dipilih sebagai calon,” kata Dr Mahathir (gambar) dalam temu bual yang dirakamkan hari ini.
Katanya, pendekatan “calon boleh menang” kemungkinan boleh mencetuskan masalah bagi perikatan itu kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak perpecahan antara pemimpin-pemimpin parti yang hendak bertanding.
“Menjadi amalan biasa bagi seseorang yang tidak dipilih sebagai calon untuk bertindak membuktikan bahawa calon yang dipilih adalah tidak layak,” katanya lagi.
“Masalah ini sukar untuk diatasi. Ia masih menjadi satu masalah,” katanya lagi.
Kata Dr Mahathir, Najib sebagai pengerusi BN seharusnya menjelaskan kepada parti-parti komponen bahawa sokongan tidak bersyarat kepada calon-calon yang dipilih adalah penting meskipun mereka secara peribadi tidak menyokong calon yang dipilih.
“Najib seharusnya bertindak untuk menjelaskan mengenai calon-calon berpotensi... jika mereka tidak memberi sokongan kepada calon yang dipilih, mereka juga akan berhadapan dengan masalah,” kata Dr Mahathir.
Pentadbiran Najib berhadapan dengan tahun yang sukar selain terpaksa berhadapan dengan kecaman berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.
Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.JP
No comments:
Post a Comment