Friday, September 23, 2011

Tidakkah Muhyiddin terfikir mengapa Johor tak selamat


Pulau Pinang selamat, Johor tak selamat

Pulau Pinang selamat sebab bawah Pakatan Rakyat tapi Johor tak selamat sebab bawah pekung ketiak busuk Umno-APCO


Cuba tanya kenapa pelabur luar selain Singapura saja yang tanam modal kat Johor empat lima tahun lepas?


Kenapa semuanya pegi Pulau Pinang padahal dua-dua negeri ada pelabuhan?


Sebab kat Johor kena "duit tol 20 peratus" untuk Umno-APCO sedangkan kat Pulau Pinang Lim Guan Eng tak mintak apa-apa pun


Cuba tanya pulak statistik jenayah kat Johor dengan Pulau Pinang ada naik ke tidak


Kalau naik kat Johor sahlah memang tak selamat


Masa dia jadi Menteri Besar dulu, siapa yang jual pasir dan pajak empangan kat PUB?


Orang macam ni pelabur nak caya? Inikan pulak Ghani yang nak kena plengkik (flying kick) kah kah kah...


Nak lagi soheh??


Tak caya cuba tanya kat orang Singapura yang beratur kat Giant Pelentong kenapa sebulan sekali je datang Johor Bharu


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak sepatutnya memandang rendah dan mensabotaj negeri lain semata-mata untuk menarik pelabur asing ke negeri yang dipimpinnya.


Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Lim memburuk-burukkan Johor dengan menyatakan negeri berkenaan tidak sesuai untuk pelaburan, akan memberikan gambaran yang tidak baik kepada Malaysia dan turut memberi kesan kepada negeri lain.


"Jangan memandang rendah, jangan sabotaj dengan perkataan jahat yang niatnya tidak baik untuk menyekat atau menghalang...ini memberi gambaran yang tidak baik kepada Malaysia.


"Ini (memburuk-burukkan Johor) satu tindakan yang tidak sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari sempena lawatannya ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.


Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan berkata Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.


Kenyataan Lim itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang.



Ini siapa punya kerja kah kah kah...


Langkah beberapa bahagian UMNO yang melaungkan “Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa” tidak memberikan kesan apa-apa kepada Ketua Umum PKR itu, tetapi sebaliknya akan memberikan kesan kepada Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang memulakan serangan tersebut.


Bernama melaporkan anggota perwakilan Umno Johor Baharu yang menghadiri persidangan perwakilan bahagian semalam telah mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya turut menyaman mereka selepas secara serentak melaungkan “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa”.


Laungan sebulat suara itu dilakukan 398 anggota perwakilan Umno Bahagian Johor Baharu dari 84 cawangan yang bersidang ketika Ketua Umno bahagian, Datuk Shahrir Abdul Samad menyampaikan ucapan perasmian.


“Mari kita bangun melaungkan ‘Anwar Ibrahim Pengkhianat Bangsa’, supaya Anwar boleh turut sama mengambil tindakan undangundang menyaman kita semua, Umno Johor Baharu sanggup menghadapi tindakan saman itu,” katanya di sini hari ini.


Apa yang dilakukan oleh perwakilan UMNO Bahagian Johor Baharu berkenaan adalah umpama meludah ke langit, malah menepuk air di dulang yang terpercik ke muka sendiri.


Jika Pakatan Rakyat ingin bertindak balas, maka akan terlondehlah seluar Tan Sri Muhyiddin kerana skandal beliau pernah dilondehkan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Dato’ Paduka Ibrahim Ali bahawa pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.


Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, katanya.


Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.


“Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura,” jelasnya.


Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.


Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.


Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.


Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.


“Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya,” jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.


Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.


Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.JALAN PULANG

No comments: